PELUANG bertemu dengan bandua4n yang bakal menjalani hukum4n m4ti menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan dua selebriti iaitu Norman Hakim dan Alif Satar.
Momen istimewa dapat berbuka puasa dan bersolat tarawih pastinya menjadi kenangan istimewa buat dua selebriti berkenaan sehingga mengubah persepsi mereka terhadap insan-insan bergelar bandu4n akhir itu.
Norman menerusi Instagram miliknya meluahkan rasa sebak melihat ketenangan pada wajah banduan-banduan tersebut seolah-olah sudah bersedia menunggu hari-hari terakhir mereka.
“Mohon Allah s.w.t ampuni saya kerana berpandangan dan berperasaan skeptikel yang bercampur baur sebelum bertemu sahabat-sahabat kita ni.
“Saya tahu saya tak kuat. Bila bersalam pun mata ni menahan genang. Kuasa Allah s.w.t, wajah-wajah mereka sangat tenang, senyuman yang tak pernah lekang dan kebanyakannya berbekalkan tasbih dan tafsir Al-Quran ditangan.
“Sahabat-sahabat kita ni memang dah sangat bersedia untuk menuju ke pengakhiran. Taqwa dan iman seiring dalam persahabatan antara mereka,” kata Norman.
Norman dijemput untuk berbuka puasa dan solat jemaah bersama bandu4n-bandu4n di penjara Sungai Buloh.
Norman dan Alif Satar mendapat jemputan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk menjalani ibadah Ramadan bersama bandu4n di Penjara Sungai Buloh pada Khamis.
Kata Norman lagi, mereka meluangkan masa selama empat jam dan berkongsi kisah dan cerita hidup masing-masing.
“Sepanjang empat jam pertemuan, saya banyak berdiam mendoakan segala yang terbaik buat mereka. Mereka yang lebih banyak berkongsi kisah dan cerita sambil pegang tangan dan muka saya.
“Yang paling tersemat dalam kepala nasihat dari mereka kepada saya adalah untuk sentiasa menghargai makna kebebasan dan sayangi orang-orang sekeliling selagi masih ada,” ujarnya.
Selain Norman dan anaknya, pelakon serta penyanyi Alif Satar (lima dari kiri) turut menyertai majlis tersebut.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Memey Suhaiza ini sempat bertanya soalan mengenai perkara yang ingin dilakukan sekiranya diberi peluang untuk bebas semula.
Bagaimanapun, Norman berkata, rata-rata bandu4n akhir itu memilih untuk terus menetap di penjara berikutan lebih selamat.
“Soalan yang tak sepatut saya tanya, tapi saya mohon ampun maaf dahulu bila bertanya adalah kalau dapat peluang untuk bebas di luar sana, apa perkara pertama yang akan dilakukan.
“Jawapan mengejut yang diberikan, mereka cakap mereka lebih bahagia di sini sebab di luar sana terlalu banyak anc4man katanya,” katanya.
Alif Satar tidak mampu menahan air mata.
Sementara itu, Alif Satar turut berkongsi rasa sedih dan tidak mampu menahan air mata sepanjang sesi tersebut.
Katanya, dia melihat wajah-wajah bandu4n tersebut mempunyai cahaya tersendiri.
“Saya dapat bersembang dan mereka berkongsi cerita bagaimana dan apa yang erti kehidupan buat mereka sekarang.
“Saya tidak dapat menahan air mata, semoga taubat dan doa mereka di terima Allah. Walaupun dalam penjara, saya rasa mereka sudah menemui jalan Allah” ujarnya.
Komen netizen;
Kadang yang bandu4n ini lebih baik dari kita…
Semoga mereka diberi kekuatan…
Thank you share pengalaman berharga ni…
Nampak wajah mereka tulus suci….
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: IG @normanhakim_786 & @alifsatar