[FOTO & VIDEO] Wajah Terkini Ameena Sofia, Permata Hati Fizi Ali & Shakilla Khoriri… Comel Sangat!

Sambutan Ramadan dan Syawal pasangan selebriti, Fizi Ali serta Shakilla Khoriri, nyata berbeza dengan kehadiran puteri sulung, Ameena Sofia.

Fizi, 30, yang juga penyampai radio Suria FM berkata, cahaya mata pertama yang dilahirkan pada 14 Mac lalu bukan sekadar menyerikan rumah tangga mereka, malah kehidupan juga dirasakan lebih bermakna, kini.

Dia juga berkata, jika selama ini segala tumpuan diberikan kepada diri sendiri, sekarang semuanya bagai beralih kepada si kecil.

“Selama ini, sejak zaman bercinta sehinggalah kami sah bergelar suami isteri, saya dan isteri pasti akan berbuka bersama-sama pada Ramadan pertama. Namun, sejak kehadiran Ameena, kami memilih untuk berbuka puasa di rumah sahaja. Beli juadah pun hanya di bazar Ramadan berdekatan. Semua ini pengalaman baharu buat saya dan isteri.

“Malah, kami bukannya betul-betul dapat menjamu selera ketika berbuka. Apabila hendak masuk waktu Maghrib, Ameena akan terjaga daripada tidur. Jadi, kami teguk air sahaja terlebih dahulu. Kami sentuh makanan pun secara ala kadar dan kemudian bergilir-gilir menjaga si kecil.

“Lucunya, selepas selesai makan, dia pula terus terlelap. Dalam hati, Ameena mungkin sengaja hendak ‘mempermainkan’ perasan kami. Nampaknya, rutin saya dan isteri untuk membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pun susahlah dengan keadaan macam ini,” kongsi Fizi.

Ditanya mengenai sambutan hari raya, Fizi atau nama sebenarnya Muhd Hafizudin Alimudin menyerahkan segala-galanya kepada isteri.

“Dalam bab persiapan raya, memang saya serahkan kepada isteri. Kalau saya yang beli, semua serba tak kena pada matanya nanti. Jadi, biarlah dia uruskan soal itu dan saya hanya sediakan duit. Raya tahun ini pula pasti kecoh kerana kami perlu siapkan anak.

“Tahun lalu, kami balik beraya ke kampung keluarga isteri di Pahang. Ikutkan, kami tiada masalah dalam soal giliran beraya. Rumah kami juga dekat dengan keluarga masing-masing. Jadi, tiada isu nak ‘gaduh’ dalam perkara itu.

“Tahun ini, kami turut merancang untuk beraya di Johor, selain Kuala Lumpur,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Shakilla, 29, yang juga seorang pelakon, pada 18 Februari tahun lalu.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

okay abam nak bagi tips macam mana nak suruh anak berhenti menangis…😅😅 @ameenasofia_

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: IG @fiziali_ @shakillakhoriri via BH Online