Di dalam dunia ini, apabila berdepan dengan situasi kecem4san, kadang-kala kita sendiri tidak tahu bahawa kita sebenarnya boleh menjadi wira. Walaupun dengan keputusan dan tindakan yang spontan, tiada siapa yang dapat menafikan bahawa keputusan itu kadang-kadang boleh memberi impak yang besar.
Begitulah situasi yang berlaku kepada seorang penunggang motosikal yang memutuskan suatu bantuan kecil, tetapi ternyata telah menyelamatkan nyawa manusia.
Semuanya bermula apabila seorang bapa berumur 51 tahun, Sorachat Sadudee berdepan dengan detik cem4s apabila anak perempuannya diserang saw4n t0nik di dalam kereta, di tengah-tengah kesesakan jalan raya!
Menurut Daily Mail, Sorachat sedang dalam perjalanan pulang selepas mengambil dua orang anak perempuannya dari sekolah di Phitsanulok, Thailand. Namun, ketika tersekat di dalam kekesakan jalan raya, anak bongsunya, Kaimook, memberitahunya bahawa dia berasa s4kit dan sangat letih. Mendengarkan keluh4n anaknya, Sorachat cuba untuk pulang secepat mungkin tetapi anak perempuannya yang berusia lapan tahun itu tiba-tiba mengalami serangan saw4n t0nik yang boleh membawa m4ut dan telah menyebabkan mulutnya berbuih.
Kaimook kemudiannya tidak sedarkan diri di kerusi penumpang hadapan tetapi kerana kereta itu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang truk, Sorachat tidak dapat bergegas ke hospital terdekat.
Kerana terlalu bimbang dengan keadaan anaknya, Sorachat segera menurunkan tingkap kereta dan mula membunyikan hon berkali-kali sambil menjerit meminta bantuan daripada pemandu lain.
Sorachat berkata, “Pada ketika itu, anak perempuan saya berada dalam keadaan yang sangat truk. Tangannya menggigil, warna bibirnya berubah menjadi hijau, dan tubuhnya sangat pucat dengan suhu yang tinggi juga.” dan ketika itulah, penunggang motosikal, Itthiphon Petchphibunpong, 28, muncul sebagai wira penyelamat.
Itthiphon melihat seorang bapa yang sedang panik di dalam kereta hitam. Rakaman dari kamera topi keledar menunjukkan bahawa penunggang motosikal itu mendekati kereta Sorachat dan meminta penerangan tentang situasinya. Setelah itu, Itthiphon segera meletakkan motosikalnya dan pergi ke arah kereta-kereta berdekatan untuk memberi ruang laluan kepada kereta Sorachat untuk diletakkan di laluan paling hujung.
Kemudian, setelah kereta Sorachat berjaya diletakkan di tempat yang selamat, Sorachat keluar daripada keretanya lalu mendukung anak perempuannya untuk menaiki motosikal Itthiphon. Destinasi mereka hanya satu: hospital terdekat.
Terima kasih kepada tindakan Itthiphon yang cepat dan tangkas, mereka bertiga berjaya tiba di wad kecem4san hospital dalam masa empat minit. Kakitangan perubatan berjaya menyelamatkan Kaimook, dan dia dipindahkan ke hospital lain untuk rawatan lanjut. Sorachat berkata, “Saya sangat-sangat berterima kasih kepada Itthiphon kerana kebaikannya. Dia menyelamatkan nyawa anak perempuan saya. Sebaik sahaja anak saya pulih sepenuhnya, saya akan membawanya berjumpa dengannya dan mengucapkan terima kasih kepadanya sekali lagi.”
Bagi Itthiphon pula, dia berkata bahawa dia tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu kerana dia hanya mahu membantu kanak-kanak itu. “Pada mulanya, saya juga terkejut melihat dia dalam keadaan begitu. Saya tidak tahu bagaimana untuk merawatnya tetapi saya tahu saya boleh membawanya ke hospital dengan motosikal saya. Kerana saya juga adalah seorang bapa, saya tahu apa rasanya apabila melihat anak kita pengs4n dan dalam kes4kitan di hadapan kita. Jadi, saya tidak teragak-agak untuk membantunya,” kata lelaki budiman tersebut.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Daily Mail via EraBaru