[VIDEO] Sanggup Memey Ambik Marissa Tanpa Pengetahuan Abby! Memey Buat Abby Abadi Menangis!

Keluarga Norman Hakim mahupun Abby Abadi kini semakin bahagia bersama pasangan masing-masing malah tanggungjawab menjaga anak-anak mereka iaitu Mohamed Danish, Marissa Dania dan Maria Danisha dipikul bersama. Hubungan antara Memey dan Abby juga sangat akrab sehingga sentiasa menjadi perhatian netizen.

Terdahulu, Memey meluahkan rasa syukurnya terhadap Abby yang sangat baik dengannya dan terbaru pula tindakan Memey sekali lagi membuatkan netizen sebak dan mengalirkan air mata melihat keakraban keluarga mereka kini.

Meskipun, terdahulu pelbagai konflik dialami antara mereka berdua namun kini mereka digelar sebagai keluarga contoh dan bahagia. Memey menerusi Instagram telah berkongsi tentang kejutannya membawa anak kedua yang terkenal sebagai Marissa berjumpa Abby yang tinggal di asrama.

Memey turut memuat naik kapsyen bersama video yang menunjukkan beliau sangat menyayangi keluarga besar tersebut.

Cerita td..Settle keje patah balik PD…dlm perjalanan plan nak singgah sekolah dania ..

Dania tgh exam skrg jadi tak boleh balik. Dia pun terkejut tgk kita org dtg. Bincang2 Alhamdulillah ustazah izinkan bagi outing sekejap. So bawa kejap ke PD nak surprise kan mama,abah n adik beradik lain😍 Alhamdulillah barulah terasa lengkap bila semua ada❤️ Sekejap yg bermakna bila semua ada.

SEMPURNA❤️ “Kasih sayang itu perlukan kerjasama. Jadi kalau kita tidak usahakan melalui tindakan, ia tak bermakna.. semoga kita terus hidup berkasih sayang ❤️”

VIDEO :

Pelbagai reaksi diterima Memey menerusi Instagram miliknya itu sehingga rata-rata terus mengalir air mata melihat keluarga ini yang baik antara satu sama lain.

Allahuakbarrr.. Semoga sentiasa dlm lindungan Allah… Your family is my inspiration

Kenapa air mata terturun ni. May Allah bless this big family

v tau nkckp apa.. tapi suka sgt family awk. alhamdulillah kebahagiaan itu dr Allah.. jagalah ia dg sedadanye..

bergenang air mata tgk video ni… btul tu.. berkasih syg perlukan kerjasama

Hepynyer tgk fmly ni.. suka sngat2…

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤️❤️❤️ . Posted @withrepost • @normanhakim_786 Salam Ramadhan & selamat menunaikan ibadah puasa 1440H dari saya seisi keluarga❤️ . . Jom niat & tekad utk sama2 kita berusaha jadikan Ramadhan utk yg ke sekian kali ni sebagai pentas ibadah terbaik buat kita semua,lebih baik dari tahun2 sebelumnya ye kesayanganku semua🙏🏻 . . Kuasa ALLAH maha kuat,maha hebat & Allah maha pengasih,maha pengampun,maha penyayang.Inilah peluang terbaik utk kita berhabisan mohon pengampunan dariNya atas khilaf kita sebagai manusia yg tidak akan ada kesempurnaan termasuk kitaorang semua . . Saya terpanggil untuk berkongsi disini,khusus buat keluarga yg pernah berpisah (khusus buat ayah & mak yg berpisah yg mungkin kalian tak tahu yg anak2 kalian selalu DM saya minta pandangan & nasihat mcmana nak ayah & mak mereka ‘bersatu mcm Abg Norman & Kak Abby’),maka jadikanlah Ramadhan Kareem ini sebagai platform utk penyatuan semula.Buangkanlah ego yg bersifat syaitonirrajim utk ambil langkah & usaha seiring dengan DOA . . Percaya & yakinlah, DOA adalah senjata mustajab kita sebagai muslim.Berdoalah secara istiqomah tanpa lelah sehingga doa2 kita memasuki frekuensi ‘Alpha’ dimana pada ketika itu baru kita akan faham betapa kuatnya mukjizat qalam doa ini dikala bersatu dgn izin kuasa ALLAH S.W.T yg Maha Kuat & Hebat sehingga hati manusia pun bisa kita pupuk,lentur,jaga,takluk & peluk hanya dengan DOA & pada ketika itu sesuatu yg dianggap mustahil akan jadi sebaliknya . . Buat adik2 & anak2 yg selalu DM@luahkan rasa,terus istiqomah dalam berdoa..berdoa & berdoa seiring dengan usaha melalui hidayah doa tersebut.Dan buat Ayah & Ibu yang terpisah, ‘bersatu’lah kembali dalam apa jua bentuk dan usaha demi cahayamata2 harta dunia akhirat kita . . Kami ‘bersatu’ untuk kebahagiaan anak3 & Allah hadiahkan kembali ‘bahagia’ buat kami seiring dengan rasa ‘kasih & sayang’ yang Allah s.w.t sahaja yg maha mengetahui akan ‘rasa’ itu dan kami ‘bersatu’ kerana anak3 sbb kami sangat takut tak dapat berdepan & menjawab didepanNya dihari muka nanti❤️ . . Akhir qalam…Hentikanlah pertengkaran,tinggalkanlah sangkaan,binalah perhubungan,saling bermaafan & hayatilah Ramadhan❤️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber  : Instagram memeysuhaiza via media ohsem via LubukMaklumat