Penampilan Alif Satar yang membawa watak sebagai Zafran menerusi drama bersiri Pia menarik perhatian ramai kerana geram dengan watak tersebut, bukti lakonan berkesan dari pelakon dan penyanyi popular ini.
Isteri Alif Satar, Shadila Halid hari ini mendedahkan yang suaminya memang jauh berbeza dari watak Zafran itu dan turut senaraikan kualiti Alif Satar yang bagus sebagai seorang suami dan ketua keluarga.
“Lelaki ini jauh berbeza dari (watak) Zafran. Dia memberi lebih dari apa dia terima, tidak pernah meminta balasan dari sesiapa kerana itu tidak penting buatnya.
Sikap Alif Satar ini benar-benar membuatkan peminat kagum dengan selebriti ini.
Tak pernah memuukuI atau menengkiing saya, selalu menolong di rumah”
Isteri dedahkan sikap sebenar Alif Satar
“Tak pernah tinggal puasa, solat pun tidak tinggal. Memang seorang lelaki yang pentingkan keluarga,” tulis beliau.
Shadila Halid juga mengakui penat untuk senaraikan kualiti baik yang dimiliki suaminya namun meminta semua orang supaya tidak kelirukan Alif Satar dengan watak Zafran atau individu lain.
Terbaiklah. Semoga berkekalan!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Rotikaya via Erakini