Baru Beberapa Bulan Kahwin, Raja Ilya Akhirnya Kongsikan Cara Suami Mengorat Dia Yang Sempoi Habis

Pelakon cantik, Raja Ilya semalam memaklumkan dirinya bakal berkahwin dengan usahawan asal Australia yang dikenali sebagai TWG.

Menerusi Instagram, pelakon Syurgaku Tak Sempurna itu memuat naik sepotong video khusus bagi berkongsi berita gembira berkenaan.

Selain merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan, Ilya turut berkongsi lokasi majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan.

Bagaimanapun, pada majlis tersebut, hanya keluarga dan teman rapat saja yang diundang bagi memeriahkan majlis.

Terdahulu, Ilya menerusi temu bual bersama MH tidak lama dulu mengakui, dia sudah pun mengikat tali pertunangan bersama usahawan dan bekas model itu.

Malah lamaran tersebut turut dibuat secara mengejut oleh lelaki tersebut di Langkawi.

Pada masa sama, Ilya turut mengakui dia mengenali lelaki berusia pertengahan 30-an itu sejak beberapa tahun lalu.

Kedua-duanya saling kenal antara satu sama lain secara tak sengaja ketika Ilya masih berkhidmat sebagai pramugari bersama Air Asia lebih tujuh tahun lalu.

“Jujurnya saya pernah alami fasa kecewa sekitar tahun 2011 lalu mengambil keputusan untuk beralih kepada kerja di awan biru sekejap.

“Saya kenal tunang pun setahun selepas itu apabila dia menaiki pesawat sama. Saya pula ketika itu sedang bertugas dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand.

Awalnya, saya bersama krew kabin lain memang dah perhatikan dia. Saja suka-suka dengan rakan sekerja. Masa tu pun, saya jugalah yang lakukan safety demo dan ada perasan, dia pandang dan senyum saja,” katanya kepada MH.

“Ketika mendarat, saya tengah kemas-kemas tempat duduk penumpang lalu terjumpa boarding pass dia. Saya ambil dan tiba-tiba terselit pula nombor telefon dan akaun Facebooknya.

“Masa tu pula saya satu-satunya pramugari, jadi saya fikir ia memang ditujukan untuk sayalah,” katanya seloroh mengimbau memori.

Serentak dengan pengumuman berkenaan, rakan artis juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama memberikan dedikasi dan ucapan tahniah buat pelakon tinggi lampai itu.

Pelakon drama Gerak Khas ini sah bergelar isteri kepada pemuda dikenali sebagai TWG atau Trent yang berusia 37 tahun.

Menurut Raja Ilya, majlis pernikahan itu telah diadakan di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Dalam pada itu, Raja Ilya memberitahu dia masih sibuk dengan jadual penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 yang akan disambung di Perth bulan hadapan.

Katanya, jika ada rezeki dia tidak menolak untuk mengatur sebuah majlis resepsi di Malaysia bergantung kepada kelapangan suaminya yang merupakan ahli perniagaan.

Menerusi laman Instagram miliknya pada khamis, Raja Ilya turut berkongsi beberapa foto perkahwinannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

Raja Ilya dan Trent telah berkenalan sejak 2012 dan mengesahkan sudah bertunang pada awal November lalu.Difahamkan, pasangan itu sedang berbulan madu di Rottnest Island, Australia.

Moga hubungan kekal abadi, selama-lamanya amin. Tahniah buat Raja Ilya dan pasangan

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I’m touched beyond words and my heart is overflowing with gratitude. Thanks from the bottom of my heart, Thank u for being a part of the journey, thank you for all the gifts,wishes & prayers guys ❤️💜🧡💜💛💚💙💜❤️🧡 . . feels good To be married #married #mrmrsgarrett #garrett #family #husband #wife #trentilya #love #united #blessed #perth #malaysia #december wedding dress by @raffieynasir 💋#lifestyleoflove

A post shared by Raja Ilya (@rajailya) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Newscoviral via Ig rajailya