(Sila skrol ke bawah untuk menonton video & melihat gambar)
Mula dikenali menerusi program realiti Dewi Remaja 2009/10, figura popular Neelofa sering menjadi bualan ramai pihak baik dari segi kerjaya, perniagaannya dan fesyen yang sering digayakan.
Bagaimanapun, Datuk Hans Isaac ketika ditemui pada sesi rakaman program Dewi Remaja pada Isnin berkata, dia memuji Neelofa kerana mempunyai identiti tersendiri.
“Hanya ada satu Neelofa. Tak ada dua,tiga atau sebagainya. Dia seorang yang berjaya dari segala aspek seperti perniagaannya, kehidupan dia dan lain-lain,” kata Hans.
Selaku juri bagi program itu juga, Hans turut menasihati agar finalis Dewi Remaja musim ini tampil dengan imej tersendiri.
“Mereka (finalis Dewi Remaja) tak perlu jadi macam Neelofa, mereka perlu cari identiti sendiri.
“Cukup orang yang bernama Neelofa sahaja. Tak perlu jadi macam dia 100 peratus,” tambahnya kepada SL.
VIDEO :
Dewi Remaja bersiaran setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.
Musnahnya Cinta Dua Tahun Neelofa Bersama Datuk Hans Isaac Pada Tahun 2014 Yang Lalu.
KISAH hubungan cinta atau persahabatan mereka yang sebelum ini memberi banyak teka-teki kepada pihak lain akhirnya bertemu titik noktah.
Antara Neelofa dan Hans Isaac mereka sebenarnya sudah tidak punya apa-apa hubungan lagi. Itu yang pasti. Neelofa tampil memberi kenyataan mengatakan hubungan dua tahunnya bersama pelakon, pengarah dan penerbit itu sudah berakhir sejak kira-kira empat bulan lalu.
Tiada lagi istilah teman tapi mesra atau cinta sembunyi-sembunyi. Pengakuan pengacara MeleTop ini memang menimbulkan banyak persoalan. Sejak bila mereka bercinta kerana selama ini perkara itu tidak pernah mereka uar-uarkan kepada umum.
Neelofa yang ditemui ketika pelantikannya sebagai duta produk kosmetik fesyen, Airish Miracle di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Isnin lalu menceritakan dengan lebih lanjut perihal pengisytiharan dirinya yang kini sudah kembali solo.
“Ya, kami memang sudah putus awal Februari lalu. Namun, saya dan Hans cuba merahsiakan cerita ini daripada pengetahuan umum sebelum ini kerana masih belum bersedia untuk jelaskannya.
“Sekarang baru kami kuat untuk kongsikan kisah putus kami kepada ramai. Ia memang betul dan bukan rekaan semata-mata.
“Hans memang pernah kata akan umum benda ini bulan Jun. Jadinya, semuanya kini sudah terjawab,” kata Neelofa sambil menyusun tutur kata.
Apa juga klasifikasi hubungan mereka, Neelofa mengakui mereka sebenarnya sudah berbincang bersama sebelum memberitahu umum.
“Proses perbincangan antara kami memang ada sebelum semua perkara dijelaskan. Baik saya mahupun Hans kami bincang kalau betul-betul untuk kongsikan bersama orang lain.
“Adalah tidak adil juga untuk kami rahsiakan benda ini lagi. Kami sudah akhiri semuanya dengan cara matang dan Tuhan lebih mengetahui jodoh saya bukan dengan dia.
“Yang sudah tu sudahlah. Apa yang penting selepas ini saya hendak fokus kepada kerjaya dan juga perniagaan saya,” katanya dengan wajah yang tersirat penuh makna.
Punca putus dirahsiakan
Entah di mana silap, cinta yang disulam mereka akhirnya terputus di tengah jalan. Sejak itu, banyak pihak mula berteka-teki punca keretakan hubungan mereka tetapi hanya mereka berdua yang mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan hubungan mereka disebabkan wujudnya orang ketiga. Menafikan perkara itu, Neelofa hanya mampu merahsiakan semuanya dan enggan mengulas lanjut apa sebenarnya yang berlaku.
“Cukuplah saya cakap hubungan kami putus bukan sebab orang ketiga. Sebab kami putus rasanya tidak perlu saya kongsikan. Itu rahsia peribadi kami.
“Saya hormati (Hans) sebagai seorang lelaki yang pernah bertakhta di hati saya dan berusia daripada saya.
“Dia pun banyak mengajar dan menasihati saya selama ini. Banyak benda baik yang dia lakukan kepada saya.
“Untuk itu, benda berkaitan kisah cinta kami saya tidak mahu kongsi,” tuturnya.
Gadis berusia 25 tahun ini memang bijak menyimpan tentang kisah putus cintanya dan mengakui lebih senang mengunci mulut daripada terus membicarakan perkara itu.
Tidak ada apa lagi pintanya selain mahu perkara itu tidak terus dijadikan isu besar. Baginya setiap orang melakukan kesalahan dan sudah pasti sesiapa yang melalui perkara itu akan belajar sesuatu untuk memperbaiki diri pada masa hadapan.
“Saya perlu kuat hadapi semua ini. Insiden putus cinta ini juga bukan penghalang untuk saya melakukan kerja saya.
“Saya pun tidak mahu lagi kenang apa yang berlaku. Apa yang penting saya mahu buka lembaran baharu dan hidup gembira macam orang lain,” katanya.
Tiada komunikasi
Tidak mahu lagi dirinya dikaitkan dengan Hans. Itu jawab Neelofa setelah mengeluarkan kenyataan putus cinta dengan Hans.
“Cukup-cukuplah orang kaitkan saya dengan dia selama ini. Mungkin dengan kenyataan yang saya keluarkan itu akan menamatkan segalanya.
“Lagipun, saya anggap kes itu tak besar mana pun. Kalau nak tahu sebelum ini pun saya pernah menerima ujian yang lagi besar sampai buat saya rasa sakit sangat.
“Bila Allah uji kita, itu tandanya Allah tetap sayang. Mungkin Dia nak uji kita dan nak kita kembali dekat dengan-Nya,” jelas Neelofa.
Sejak putus cinta, Neelofa juga memberitahu dia dan Hans tidak lagi berhubung. Katanya, itu mungkin cara terbaik untuk lebih banyak lagi suara nakal yang mengaitkan mereka.
Ditanya adakah dia terlalu kecewa dengan perpisahan bersama Hans, Neelofa menjelaskan dia itu bukan puncanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : TerlajakVirals