‘Biarlah kena langkah bendul pun’

PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat akui bersyukur apabila adik perempuannya, Sabira bertemu jodoh lebih awal dengan lelaki pilihan.

Baru-baru ini, Ayda menerusi Instagramnya (IG) memuat naik foto bersama dua adik perempuannya iaitu Fina dan Sabira dengan kapsyen ditulis ‘Someone is getting married, soon (seseorang akan berkahwin tidak lama lagi)

Ayda, 26, dihubungi berkata sebagai kakak yang sulung, sememangnya kebahagiaan adik-beradik yang lain menjadi keutamaan dirinya.

Ujarnya, dia juga tidak melihat istilah ‘melangkah bendul’ sebagai perkara serius kerana paling penting seru jodoh adiknya tiba lebih dulu.

“Biarlah, kena langkah bendul pun. Saya okay dan tak kisah kerana apa yang utama adalah kegembiraan dan kebahagiaan Sabira.

“Terus-terang, saya tumpang gembira melihat Sabira bahagia. Bagi saya, tidak ada apa yang lebih bermakna melainkan kebahagiaan keluarga.

“Apatah lagi, Sabira dan bakal suaminya sudah kenal lama. Mereka sudah berkawan rapat dan bercinta selama sembilan tahun.

“Jadi, apabila jodoh adik yang sampai awal, biarkanlah. Ia kerana, perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik,” katanya.

Baru-baru ini, Ayda menerusi Instagramnya (IG) memuat naik foto bersama dua adik perempuannya iaitu Fina dan Sabira dengan kapsyen ditulis ‘Someone is getting married, soon (seseorang akan berkahwin tidak lama lagi)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

♥️ Someone is getting married, soon. 😢🤧 . 👗 @arianirtw . #Jebats #ArianiRTW

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

“Perkara membabitkan jodoh dan perkahwinan ini tidak boleh diramal. Pada saya, jika jodoh adik-adik lebih awal, baguslah.

“Untuk saya pula, sebagai wanita impian berkahwin itu memang ada. Cuba, lebih selesa soal jodoh diserahkan pada ketentuan Allah saja.

“Siapa jodoh saya dan sasaran usia berkahwin, memang saya tidak tetapkan. Semuanya biarlah Allah yang tentukan.

“Lagi pun, sekarang banyak perancangan yang saya atur untuk masa depan. Ditambah, tahun baru 2019 pun akan menjelma,” katanya.

Mengulas mengenai status kakak ipar yang akan digalas, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata memang dia sudah layak.

Terdahulu, Sabira yang juga anak ketiga daripada empat beradik selamat bertunang pada awal Februari lalu di kediaman keluarga Ayda di Melaka.

Majlis perkahwinan Sabira nanti, kata Ayda akan berlangsung pada Februari 2019 dan kini persiapan perkahwinan rancak dilakukan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Kredit v.sokmo