Mona Allen Teruja Beraya Di Kampung Pekin. Siapa Sangka Pekin Ada Sesuatu Yang Bermakna Dikampungnya

Berbaki lagi tiga hari sahaja Ramadan bakal melabuhkan tirainya. Ternyata bulan rahmat itu memberi kemanisan bermakna buat empunya nama Mona Allen. Menyandang status sebagai isteri kepada pengarah popular, Pekin Ibrahim sejak 7 Disember lalu, wanita tinggi lampai yang sering menghidupkan watak antagonis ini mengakui teruja untuk menyediakan juadah bersahur dan berbuka buat suaminya.

“Kalau ikutkan hati, saya mahu memasak juadah setiap hari, namun apakan daya saya dan dia sibuk dengan aktiviti seni.”

“Bagaimanapun, kami sedaya upaya meluangkan masa dengan berbuka puasa di rumah bersama-sama,” ujar Mona membuka bicaranya kepada Sensasi Bintang.

Biar berbeza cita rasa terhadap makanan, namun perkara itu tidak membuatkan Mona pentingkan diri untuk menidakkan apa yang disukai Pekin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

You are my safe place❤️ #temanshooting

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on

Kari ayam Kelantan

Sebaliknya, pelakon cantik yang terkenal menerusi drama Mona Lisa ini sanggup menyingsing lengan untuk belajar memasak menu kesukaan suami kesayangannya itu.

“Makanan kesukaan Pekin berbeza dengan saya kerana dia berasal dari Kelantan, sementara saya pula dari Kuala Lumpur. Untuk itu, saya ada bertanyakan kepada sesiapa yang boleh berkongsi menu Kelantan.

“Antara menu yang pernah saya masak untuknya adalah kari ayam Kelantan dan masak lemak ikan merah,” katanya yang bersyukur kerana suaminya juga bukanlah seorang yang cerewet.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sapa kata dah kahwin takleh dating2? 🤪😍

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on

Raya rumah mertua

Menyingkap ceritera lebaran yang bakal disambut tak lama lagi, ternyata pelakon berusia 34 tahun ini bakal menyambutnya dengan suasana berbeza.

Hal ini kerana, Mona bakal meraikannya di kampung halaman suami tercinta.

Getus Mona, dia memang tidak sabar untuk beraya di teratak mertuanya.

“Bukan apa, ini kali pertama saya dapat merasai sambutan lebaran di kampung kerana kebiasaannya saya beraya di Kuala Lumpur sahaja.

“Jadi, memang tidak sabar rasanya mahu mengikut Pekin balik ke kampungnya untuk beraya bersama keluarga dan peminat-peminat di sana,” ujarnya yang memberitahu sudah menyediakan empat pasang baju raya warna sedondon dengan suami tercinta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

jom ramai ramai menonton filem malaysia .. besar spek @mona.allen . pinjam boleh ? 😎

A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words) on

Anak

Menyelami kisah kemanisan rumah tangganya, sengaja Mona diusik tentang zuriat sementelahan suaminya itu pernah memuat naik gambar berdua di Instagram dengan memberi bayangan seolah-olah diri isterinya sedang hamil.

“Gambar itu sebenarnya bukan sengaja untuk berteka-teki dengan peminat. Cumanya, kami tengok gambar itu comel. Jadi, kami kongsikan ia di Instagram.

“Sejujurnya, saya belum lagi mengandung dan kami juga tidak merancang. Sekiranya ada rezeki, kami terima dengan hati yang terbuka,” ujarnya tersenyum simpul.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

caption this 😘

A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words) on

Antagonis

Memiliki raut wajah yang sofistikated dan renungan mata yang tajam, watak antagonis yang dibawakan Mona memang benar-benar memberi impak sehingga berjaya menyemburkan kemarahan penonton.

Bermula daripada drama Mona Lisa, Seribu Rindu, Dia Menantu Rahsia dan Cinta Non Grata, Mona begitu bijak mencipta seribu rasa kepada peminat drama tempatan. Maka pantaslah dia diingati peminat usai naskhah yang dilakonkannya itu sudah berakhir.

“Alhamdulillah, drama Mona Lisa telah menaikkan nama saya malah watak bernama Mona yang digalas saya itu juga berjaya membuatkan penonton ingat.

“Bukan mudah untuk membuatkan orang mengingati watak yang dilakonkan seorang pelakon apatah lagi dialog yang diungkapkan dalam sesebuah drama. Bagaimanapun, saya berjaya berbuat demikian biarpun drama Mona Lisa sudah setahun berlalu,” ungkapnya puas.

Berkongsi perihal kariernya yang kian berkilau, Mona atau nama lengkapnya Munna Hafiraneza Allen teruja kerana diberikan peluang untuk menggalas watak protagonis menerusi drama berjudul Lara Syakila.

“Sebelum ini, sudah ada beberapa tawaran cuma saya akan memilih karya yang dirasakan bagus. Disebabkan Radius One sering menghasilkan karya yang sangat menarik, jadi inilah masa yang tepat untuk saya menerima watak berkenaan,” katanya yang tidak menafikan ada sedikit tekanan untuk menjayakan drama berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

meeting with my wife . ❤️

A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words) on

 

Sumber: kosmo via Asiakini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon