Pelakon Faralyna Idris bimbang kerana berat badannya kini dikategorikan sebagai kurang berat atau ‘underweight’ selepas melahirkan anak keduanya, Fira Ayu, 1.
Menurut Faralyna, ia berlaku sama seperti bersalin anak pertamanya, Fira Anggun, 4, apabila berat badannya turun merudum malah lebih ringan daripada sebelum berkahwin.
“Saya pun pelik juga sebenarnya, berat saya sekarang hanya 40 kilogram (kg) iaitu lebih ringan dari sebelum kahwin yang 48kg itu.
“Saya tidak pernah mengamalkan diet untuk turunkan berat badan tapi tak tahu mengapa ia turun mendadak . Mungkin juga kerana saya menyusu sepenuhnya kedua-dua anak saya.
“Jika nak ikutkan ketika hamil berat saya naik juga tapi tidak banyak iaitu kurang dari 10kg sahaja,” katanya kepada Gempak.
Faralyna berkata dia pernah dimarahi doktor kerana berat yang menurun itu dan dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan sihat.
“Doktor marah juga kerana berat saya turun mendadak dan saya dikira ‘underweight’.
“Namun doktor nasihatkan saya supaya banyakkan minum susu dan makan sayur supaya mempunyai zat dalam badan. Alhamdulilah saya tiada masalah kesihatan dan masih bertenaga menjaga dua orang anak yang kini sedang berada dalam fasa lasak,” katanya lagi.
Faralyna mendirikan rumah tangga dengan dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014. Pelakon itu kini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bakal kembali berlakon jika anak-anaknya semakin membesar.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Gempak via CatatanTerakhir