Dalam kegelapan subuh, sebuah ‘kereta api h4ntu’ tiba-tiba muncul membelah pagi yang tebal.
Menerusi satu tweet dari @pendidikmajalah, kereta api Kelantan Shuttle atau dikenali sebagai ‘ghost train’ ini tular di media sosial. Terletak di daerah Kuala Krai, ‘kereta api h4ntu’ yang ini menjadi pengangkutan utama bagi anak-anak penduduk tempatan untuk ke sekolah.
Ketika keadaan masih gelap dan sunyi, muncul kelibat seorang demi seorang pelajar sekolah tiba yang mana boleh dikatakan rata-rata dari mereka menggunakan pengangkutan ini ke sekolah.
Kesemua pelajar yang menaiki kereta api ini adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong dan pelajar-pelajar dari Stesen Ulu Temiang, Slow Pak Long dan juga Bukit Abu. Pelajar-pelajar ini lebih mudah menaiki kereta api ini untuk ke sekolah berbanding perjalanan berulang-alik dari Kuala Gris ke Dabong sejauh lebih 15KM.
Sebelah petangnya pula, kereta api shuttle akan menanti sekitar jam 2:30 petang untuk membawa mereka pulang. Tweet yang mendapat hampir 9,000 perkongsian ini turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
“Foto yang sangat menarik dan cerita yang sangat unik lagi menginspirasikan. Terima kasih Majalah Pendidik!”, ujar beliau.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber foto: Twitter @pendidikmajalah via Gempak