ANAK sulung usahawan kosmetik, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad mendedahkan ibunya menyimpan hasrat untuk membawa rombangan menunaikan umrah ke Tanah Suci.
Hasrat pengasas produk kosmetik Dnars itu bukanlah pertama kali kerana arw4h pernah membawa sekumpulan pekerja menunaikan umrah sebelum ini.
Pekerjanya bukan sahaja menyifatkan Allahy4rham merupakan seorang yang tegas tetapi juga seorang majikan yang baik dan pemurah.
Kenangan… Iqbar (kanan) bersama ibu tercinta, Allahy4rham Faziani. Foto instagram iqbar_hakim
Menurut anak sulung Allahy4rham Faziani iaitu Iqbar Hakim Jasman, 20, awal tahun lalu ibunya pernah meluahkan hasrat untuk menaja rombongan menunaikan umrah dengan bilangan jemaah yang besar.
“Jika sebelum ini, mami membawa sekumpulan pekerja ke Tanah Suci, tapi arw4h teringin pula nak bawa golongan kurang berkemampuan yang berhasrat untuk buat umrah.
“Impian mami tu nak bawa rombongan penuh satu kapal terbang pergi buat umrah. Rombongan tu ada keluarga, saudara-mara, pekerja dan golongan kurang berkemampuan,” katanya kepada mStar.
Allahyarham Faziani bersama sebahagian anaknya di Tanah Suci.
Iqbar yang merupakan abang kepada tujuh adiknya berkata, walaupun Allahy4rham telah kembali ke rahm4htullah, dia berhasrat untuk menunaikan impian ibunya satu hari nanti.
Impian Mami tu nak bawa rombongan penuh satu kapal terbang pergi buat umrah. Rombongan tu ada keluarga, saudara-mara, pekerja dan golongan kurang bermampuan IQBAR
“Impian mami merupakan sesuatu yang murni, dan hasrat itu telah dikongsikan kepada saya sebelum meninggal dunia. Jadi, saya akan berusaha untuk menunaikan impian arwah.
“Namun, ia pastinya akan mengambil masa kerana rancangan itu melibatkan kos tinggi dan syarikat perlu memperkukuhkan perniagaan terlebih dahulu. Semoga prestasi syarikat terus berkembang,” tambahnya.
Antara tajaan Dnars untuk rombongan menunaikan umrah ke Tanah Suci.
Dalam pada itu, Iqbar yang juga Ketua Pegawai Operasi (COO) dan Pengarah Pemasaran Dnars membuat perkongsian mengenai melayari bahtera pada akhir 2018.
“Tapi dalam penulisan itu saya beritahu nak berlayar kena tahu saiz kapal kena tahu arah angin kena tahu isi muatan dan arah mana nak pergi.
“Hari ini saya betul-betul ditugaskan untuk belayar secara drastik. Alhamdulilah akan saya layarkan secara selamat dan ke arah yang betul,” ujarnya.
Iqbar kini turut sama menerajui Dnars selepas pemergian ibu tercinta.
Mengulas mengenai perkara itu, Iqbar berkata, ia menjelaskan tentang dirinya yang kini menerajui syarikat selepas pemergian ibu tercinta.
“Mami pernah berpesan kepada saya supaya fokus setiap apa yang saya lakukan. Banyak ilmu yang saya peroleh daripada beliau mengenai perniagaan.
“Arwah pernah minta saya terajui Dnars tapi diminta untuk cari pengalaman dulu sebab saya berniaga sendiri sebelum ini. Alhamdulillah, saya kini dah bersedia,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: mStar