Tahun ini beraya di rumah sendiri cukup meriah – Naim Daniel

Tiada apa yang lebih membanggakan apabila hasil titik peluh selama ini, dapat dikongsikan bersama keluarga tersayang.

Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel mengakui tiada yang lebih menggembirakan dirinya apabila dapat membalas jasa orang tuanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Letihlah layan manusia yang tak ada common sense Syawal ni.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT di atas rezeki yang dikurniakan. Rezeki tahun ini mencurah-mencurah, saya buat rumah di atas tanah pusaka di Alor Gajah, Melaka.

“Rumah banglo itu yang kini sudah siap sepenuhnya akan didiami kedua orang tua saya, manakala saya akan berada di Kuala Lumpur untuk urusan kerja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syawal dah tiba, awak je belum. #teambiru where you at?

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

“Jadi, raya tahun ni memang memberikan satu perasaan yang baharu, rumah ini adalah hasil titik peluh selama ini.

“Insya-Allah, saya akan mengadakan rumah terbuka buat peminat yang sudi datang ke Alor Gajah.

“Walaupun tarikh belum ditetapkan, namun saya teruja untuk meraikan Syawal bersama peminat,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ayang, mama dah tanya pasal kita ni, tahun depan boleh ke raya sekali? #teamrayamelaka

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Naim atau nama sebenarnya, Mohammad Naim Daniel Baharin, 22, mengakui dia bersyukur rezeki yang diperoleh pada tahun ini, menjadikan dia lebih menghargai ahli keluarganya.

“Alhamdulillah, Syawal kali ini saya teruja kerana dapat belikan orang tua dan adik-beradik saya baju raya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Hari Raya, Cinta. 💧

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

“Jika sebelum ini, saya terpaksa membuat kira-kira sebelum membeli, namun kali ini saya puas berbelanja untuk mereka. Malah saya turut belikan baju raya untuk nenek.

“Kedua orang tua dan adik-beradik banyak menyokong karier seni saya dari belakang.

“Mereka yang ada dan tahu bagaimana keadaan sebelum saya berada di kedudukan sekarang. Jadi, saya tak nak berkira dengan mereka,” ujar Naim.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

4 ekor.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Naim yang meletup melalui lagu Sumpah, akan kembali aktif selepas bercuti beberapa hari untuk sambutan taya di kampung. – MHE TV

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MHE TV