Menurut laporan Harian Metro, Nadia dan tunangnya, Muizz Nasruddin terpaksa menunda tarikh nikah mereka kerana belum mendapat lokasi untuk majlis tersebut.
“Kami terpaksa tunda kerana belum ada lokasi. Sebelum ini, kami memilih 19 September kerana itu dirasakan menarik, kami hanya mampu merancang,” katanya.
Dalam pada itu, Nadia mengatakan dia dan Muizz tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu dan majlis pernikahan mereka mungkin ditunda ke hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
“Sebenarnya, saya dan tunang tak kisah sangat mengenai tarikh atau angka. Sekarang, kami masih lagi melakukan beberapa persediaan awal.
“Insya-Allah, sekiranya semuanya berjalan lancar, majlis perkahwinan kami akan berlangsung pada hujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.
Nadia dan Muizz telah berkenalan selama dua tahun sebelum mengikat tali pertunangan.
Februari lalu, Muizz telah melamar pilihan hatinya itu di Kota Paris.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Kredit : Gempak , Harian Metro