“Sorry Mom & Dad..” – Ini ‘Ungkapan’ Terakhir Nabila Razali Sebelum Terjun

Menurut Nabila, 26, pada awalnya dia agak gementar dan menolak untuk melakukan aksi tersebut, namun memberanikan diri menyahut cabaran itu.

“MASA NAK TERJUN SANGAT GEMENTAR SEBAB TAK PERNAH BERADA DI TEMPAT TINGGI ATAU MELOMPAT TEMPAT MACAM TU TAPI SEBAB DAH LAMA PASANG IMPIAN. MEMANG NAK BUAT JUGA SEBAB BUNGEE JUMPING ITU ANTARA YANG TERTINGGI DI DUNIA.

“MASA NAK TERJUN TU MACAM-MACAM ADA DALAM FIKIRAN, SEBAB APA-APA PUN BOLEH TERJADI, LIMA KALI JUGA SAYA TOLAK DAN HAMPIR MENANGIS, TAPI BERANIKAN DIRI.

“ALHAMDULILLAH… SEMUANYA SELAMAT DILAKUKAN DENGAN BANTUAN TEAM MEREKA YANG SANGAT TERBAIK DAN RASA SERONOK BILA AKHIRNYA IMPIAN ITU TERCAPAI,” KATANYA KETIKA DIHUBUNGI MSTAR ONLINE.

Nabila melawan perasaan gementar.

Kunjungan penyanyi lagu Pematah Hati ini ke Macao adalah atas tujuan promosi dan undangan daripada Macao Tourism Malaysia.

Sementara itu, Nabila berkata dia meneruskan aktiviti tersebut kerana peluang keemasan itu hanya datang sekali.

“SEBAB DAH DATANG SEJAUH ITU TAKKAN NAK TOLAK, RUGINYA… JADI SAYA YAKINKAN DIRI DAN TERJUN SAHAJA,” KATANYA.

VIDEO :

Bawa ibu-bapa ke Tanah Suci kerana bayar nazar – Nabila Razali

PELAKON dan penyanyi Nabila Razali bersyukur dapat melaksanakan nazarnya untuk membawa ibu-bapanya menunaikan ibadah Umrah.

Nabila, 27, berkata, dia menunaikan nazar itu selepas dapat memegang watak utama dalam drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati pada tahun 2017.

“Saya pernah bernazar kalau dipilih terlibat dalam drama itu saya nak bawa mak dan ayah ke Tanah Suci.

“Alhamdulillah, selepas itu jadual pula tidak mengizinkan kerana terlalu sibuk. Sudah masuk dua tahun dan saya rasa tidak boleh tangguhkan lagi,” ujarnya kepada mStar Online

Nabila tunaikan nazar bawa ibu bapa ke Makkah.

Nabila berangkat menunaikan ibadah tersebut bersama bapanya Mohd Razali Mura dan ibunya Shamsidah Abd Rahman selama dua minggu pada 5  hingga 16 Februari lalu. 

Dalam pada itu, penyanyi lagu Vroom Vroom ini berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaan sepanjang berada di Tanah Suci. 

Lebih menggambirakan dapat membawa kedua-dua ibu bapanya menggunakan hasil titik peluh sendiri. 

“Syukur Alhamdulillah, ibadah dan semua urusan kami dipermudahkan sepanjang dua minggu di sana saya berasa sangat tenang. 

“Perasaan gembira, sebak dan macam-macam lagi. Ia susah untuk digambarkan terutama bila tengok muka mak dan ayah,” ujarnya. 

Nabila beryukur segala urusan dipermudahkan.

Ditanya tentang doa yang dipintanya, Nabila berkata, dia memohon agar dimurahkan rezeki untuk menunaikan ibadah Haji. 

Dia juga berdoa agar kerjaya seninya berjalan lancar.

“Doa saya supaya dimurahkan rezeki untuk keluarga kami, kesihatan yang baik dan semoga dipanggil untuk menunaikan ibadah Haji pula satu hari nanti. 

“Saya juga berdoa dapat membawa kakak dan abang sekali menunaikan ibadah ini,” ujarnya. 

 

Sumber : mStar