Baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzwan ada memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
View this post on InstagramAda pulak org ckp tengok muka saya lagi tenang dr tengok laut. Mengarut! 😜 . @edifier_malaysia 🎧
Menghiburkan apabila pelakon berusia 30 tahun itu berkongsi gambar dia bersama si isteri yang telah disunting untuk kelihatan kurus.
Bagaimanapun, foto raya yang dirakam pada Syawal kelima itu disunting dengan jelas hingga masing-masing jadi ‘ramping yang amat!’.
“Alhamdulillah, raya ke 5 kami masih maintain slim,” tulisnya pada posting yang sudah pun meraih lebih 100,000 tanda suka itu.
Lantas, gambar yang dikongsi bintang drama Jangan Benci Cintaku itu juga dihujani dengan pelbagai komen humor peminat.
Rata-rata dari mereka berasa terhibur apabila melihat gambar berkenaan yang kelihatan sangat kelakar.
Alahai, ada-ada sahaja gelagat Saharul yang menghiburkan hati peminat. Kelakar kan?
Untuk rekod, Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali,2 tahun.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Instagram Saharul Ridzwan via MH