Saya Sudah Maafkan Tapi Sekadar Maaf.. Umie Aida Luahkan Sesuatu Selepas Memaafkan Erra

Semua mengetahui mengenai persengketaan antara kedua-dua selebriti Datin Seri Umie Aida dan Erra Fazira dan kini hangat diperkatakan kembali pulih selepas pautan video mereka bertemu empat mata serta dilihat berpeluukan. Namun apa yang dikongsi bintang filem ‘Dukun’ itu dalam reaksi balas kepada seorang pengikut Instagram (IG), bagai menafsirkan sebaliknya.

Ketika peminat berharap hubungan Erra Fazira dan Datin Seri Umie Aida yang hangat diperkatakan kembali pulih, namun apa yang dikongsi bintang filem Dukun itu dalam reaksi balas kepada seorang pengikut Instagram (IG), bagai menafsirkan sebaliknya.

Dalam catatan yang dilayangkan kira-kira beberapa jam lalu, Umie menyebut: “Saya sudah memaafkan tapi tak mampu berkawan semula… Maaf”. Luahan itu bagai memberi petunjuk kemelut antara dua sahabat baik ini belum berkesudahan, biarpun masing-masing sudah bersemuka dengan Erra memohon maaf atas kesilapannya.

Beberapa hari lalu, Umie mendedahkan di laman sosial, dirinya didakwa dikhi4nati teman karib sendiri, lantas mengejutkan ramai pihak. Ketika itu, biarpun tidak menamakan individu terbabit, ramai yang menyangka sahabat karib yang dimaksudkan adalah Erra. Apatah lagi, masing-masing dilihat tidak lagi mengikut antara satu sama lain di IG.

Kelmarin, plot drama dua bintang jelita ini sampai ke kemuncak apabila Erra membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Umie. Ketika permohonan maaf itu dibuat, mereka difahamkan bertemu di kediaman isteri Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan itu.

Difahamkan, perjumpaan itu sebagai tanda mereka mahu meleraikan kekusutan serta enggan lagi memanjangkan cerita. Video pertemuan itu dikongsi Umie melalui IG Story, semalam. Mengiringi rakaman itu, Umie berkongsi: “Semua salahkan saya kerana tak maafkan dia (Erra)… Ya Allah.

“Sekian terima kasih dan harap netizen tidak bercakap mengenai isu ini lagi. Semoga kita semua di dalam rahmat-Nya… Amin,” tulis Umie di InstaStory miliknya. Sehingga hari ini, Erra masih mengunci mulut daripada berkongsi cerita sebenar antara mereka. Malah, Erra menutup ruang komen di laman sosial bagi mengelak perbalahan dalam kalangan pengikut.

Sumber: beritaharian via myartis

Terdahulu

(Vide0) “Semua salahkan aku tak maafkan dia”..Umie Aida tunjuk bukti maafkan Erra Fazira?

Apabila perbal4han antara pelakon Datin Seri Umie Aida dan Erra Fazira hangat diperkatakan, ramai kalangan peminat mula memilih untuk menyebelahi salah seorang antara kedua-duanya sebagai tanda sokongan pada artis kesayangan mereka.

Ada juga segelintir yang begitu mudah menuding jari menyalahkan pihak tertentu tanpa sebarang usul periksa.

Tatkala Umie Aida mula membangkitkan hal ini, sesetengah pihak menganggap dirinya keterlaluan sehingga tidak boleh memaafkan kesalahan seorang sahabat baik.

Umie sebelum ini juga pernah berkongsi, bukan sekali masalah timbul antara mereka.

Malah Erra dikatakan masih melakukan kesalahan sama walau sudah dimaafkan.

Dalam perkongsian terbaharu Umie Aida dalam Instagram Story miliknya, dia berkongsi detik bertemu Erra sebelum ini.

Video 1

Video 2

video tersebut menunjukkan mereka berbual sebelum berpelvkan.

“Semua salahkan aku tak maafkan dia. Harap netizen tidak bercakap lagi tentang isu ini.

“Semoga kita semua di dalam RahmatNya,” tulis Umie pada dua video yang dimuat naik. – MHE TV

Via:catatanterakhir

Terdahulu”saya telah mengecewakan Umie buat kali ketiga,” Akhirnya Erra Fazira beri penjelasan dan mohon maaf kepada Umie Aida

KUALA LUMPUR- Primadona filem Melayu, Erra Fazira membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakan artisnya, Datin Seri Umie Aida selepas beberapa hari mereka dikatakan sedang berperang dingin.

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 45, mengakui bahawa dia telah melakukan kesilapan yang sama sebanyak tiga kali sehingga Umie tidak lagi mampu memaafkan kesalahan tersebut.

“Ini adalah pencerahan daripada pihak saya. Saya manusia biasa yang ada buat salah dan pernah menyakiti hati teman saya, Umie Aida.

“Dia sudah memaafkan saya sebelum ini, namun saya telah mengecewakan Umie buat kali ketiga,” tulisnya dalam status Instagram yang dimuat naik sebentar tadi.

Tambah pelakon filem Sembilu itu lagi, Umie pernah menghantar mesej secara baik dan mengenali Umie, dia tahu wanita itu tidak akan bersuara tanpa sebarang bukti yang kukuh.

“Saya harap dengan pengakuan ini, semua pihak berhenti berbalah. Saya belajar daripada kesilapan saya dan akan baiki kekurangan saya.

“Saya mohon maaf sekali lagi kepada semua dan Umie,”katanya lagi.

Prang dingin antara dua aktres yang bersahabat baik ini mula dihidu peminat apabila mereka saling berhenti mengikuti laman sosial masing-masing dan Umie mula memuat naik status berbaur kecewa dalam akaun Instagramnya. – K! ONLINE

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MHE TV