Sempena Hari Bapa, anak kepada pelakon Norman Hakim tidak ketinggalan memberikan ucapan khas buat papanya.
Marissa Dania menerusi Instagram bersyukur kerana memiliki papa yang istimewa seperti Norman dan dia juga menghargai serta mendoakan agar Norman diberi kesihatan yang baik.
Happy father’s day papa
Bagaimanapun, status anaknya itu dimuat naik pula dilaman Instagram Norman namun kapsyen yang ditulisnya menarik perhatian ramai.
Dialah org yg saya sambut waktu dia terlahir dalam kereta dulu…
Mana taknya, Norman masih sempat imbas kembali mengenai kisah anak keduanya itu. Sebelum ini, pernah kecoh apabila Norman ketika hari kelahiran Marissa, dia perlu menyambutnya dalam kereta.
Di ruangan komen, masih ada yang mengingati kisah tersebut malah selebriti Datin Rebecca Nur Al-Islam juga meninggalkan komen selain rata-ratanya memuji Marissa yang kelihatan cantik.
Segaknya dia ♥️
Aamiin Ya Rabb…thx for yr soothing thoughts cayang..love you 3000 more & more❤️
My father in law
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Marissa Dania, Norman Hakim via HCL