Jika disebut mengenai lagu ‘Cinta Muka Buku’ pasti semua orang mengenai penyanyi yang mempopularkan lagu tersebut iaitu Najwa Latif. Peyanyi yang masih muda itu sangat terkenal dengan kebolehannya bermain gitar sambil menyanyi dan mempunyai suara yang merdu.
Semalam viral di sosial media apabila artis remaja yang popular dengan lagu Kosong, Najwa Latiff dikatakan sudah berkahwin. Eh biar betul ni? Takde ribut, takde petir tiba-tiba Najwa Latiff dah berumah tangga. Belek punya belek, rupa-rupanya wanita itu bukan lah Najwa Latiff.
Wanita itu tweet di Twitter dan mengatakan tuan dalam gambar yang viral itu adalah dia, bukannya Najwa Latiff. Fuhh.. Mati-mati kami ingatkan dia. Muka pun macam pelanduk dua serupa je. Kami pun tertipu bila tengok gambar tu.. Huhu
KUALA LUMPUR: Penyanyi Najwa Latif menyifatkan penyebaran gambar perkahwinan seorang wanita yang menyerupai dirinya sebagai melucukan.
Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 21, mengakui sedikit terkejut apabila dirinya dilaporkan kononnya sudah berkahwin di laman sosial.
Begitupun, selepas melihat gambar berkenaan, beliau menjelaskan foto itu sudah pun disebarkan orang ramai sejak tahun lalu.
“Terkejut juga kerana (wanita itu) ada iras sedikit dengan saya. Tetapi saya belum kahwinlah. Sebenarnya saya sudah lihat gambar itu sejak tahun lalu.
“Tetapi apabila diamati semula, kami tidaklah begitu seiras. Mungkin gaya senyumannya yang membuatkan wajah kami seakan-akan serupa,” katanya kepada BH Online.
Semalam, nama Najwa menjadi viral apabila dirinya dikatakan berkahwin dalam diam, ekoran beberapa foto wanita yang menyerupai wajahnya disebarkan.
Bagaimanapun, pemilik foto itu yang dikenali sebagai Noreen tampil memberi penjelasan di Twitter, dengan mengatakan wanita dalam gambar itu adalah dirinya, bukan Najwa.
Sementara itu, Najwa berkata, pada zaman serba canggih ini, beliau mengambil pendekatan untuk berhati-hati dalam setiap gambar yang dimuat naik agar tidak menjadi mangsa individu tak bertanggungjawab.
Lebih-lebih lagi melihat ramai selebriti menjadi mangsa suntingan gambar yang tidak senonoh, membuatkan penyanyi yang popular dengan lagu Kosong itu risau sekiranya turut diperlakukan sedemikian.
“Sebab itu dalam media sosial, saya akan lihat dulu gambar dengan memikirkan apakah impak gambar itu sekiranya ia dimuat naik.
“Sebagai selebriti, kita perlu berbuat demikian memandangkan ramai pihak yang tidak bertanggungjawab dalam alam maya,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Najwa bakal muncul menerusi single baharu berjudul Biar, hasil ciptaan beliau dan kakaknya, Ika Latif.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Twitter Norreens via BeritaHangat