Bibik berkahwin, Anak Aaron Aziz sebak nak berpisah. Aaron Aziz Ucap Tahniah Untuk Perkahwinan Pembantu Rumah

Pelakon Aaron Aziz mengucapkan tahniah kepada pembantu rumahnya, Nopikah Kardi yang baru berkahwin dengan pilihan hatinya.

Menurut Aaron, Nopikah merupakan seorang yang bertanggungjawab dan setia berkhidmat kepada keluarganya selama hampir 12 tahun.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

“For almost 12 years of loyal service to my family, I’m happy she is happily maried of her choice.

“Tahniah Nopikah Kardi, saya doakan moga Allah merahmati pernikahan kamu dan berikan kamu dengan keluarga kamu kebahagiaan dan kesejahteraan dunia akhirat.

“Selama 12 tahun bekerja siang dan malam, seorang yang bertanggungjawab, amanah, tidak pernah sekali saya dengar cerita tentang hal-hal rumah tangga saya dari orang lain.

Selamat pengantin baru Nopikah dan Tedy,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan kapsyen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dengan turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Astrogempak via Celotehsaje