““Tolong hantar Mamajee balik untuk 1 minit je”- Neelofa Seb4k Kongsi Keadaan Fatimah, Masih Bersedih Dengan Pemergiaan Adam Didam

Pemergian chef selebriti, Adam Didam pada bulan lepas memang meninggalkan kesan yang mendalam pada anak saudaranya, Fatimah London yang juga terkenal di media sosial dengan laman The Family UK.

Fatimah yang dikatakan paling rapat dengan Adam dan sering memanggilnya dengan panggilan Mamajee itu masih bersedih dan sehingga kini, Fatimah yang berusia 5 tahun berharap dia dapat bertemu dengan pakciknya walaupun dalam tempoh seminit!

“Tolong beritahu Allah hantar Mamajee balik untuk 1 minit je. Saya hanya perlukan 1 minit dan akan hantar dia semula kepada Allah”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Last week, Allah sent us an angel all the way from the holy land of Makkah. I’ve been meaning to share this since last week, but I couldn’t find the right words to match the amount of love and support she has given us. She may not be here with us physically, but she has put in lots of effort and sacrificed her time for us. She spoke to Fatimah and showed her the house of God – the Ka’abah, trying to soothe the little girl with a broken heart. 💔 . And not only that, she stayed longer until after Isha’ prayer in front of the Ka’abah then called back to speak to Omar Mukhtar and Ali. She also checked on Fatimah to see how she was. No words could describe how blessed we were to have such a beautiful angel showering us with her love and prayers. May Allah bless her beautiful soul and keep her safe from any harm. Mamajee would be so happy to know that his dearly beloved are being surrounded by so much love from their Auntie Love…♥️ #BidadariDariMekah 🕋 @neelofa

A post shared by The Family UK 🇬🇧 (@thefamily.uk) on

Menerusi tweet thefamily.uk, keluarganya berkongsi kisah sedih Fatimah yang dikatakan masih tak boleh terima kenyataan akan kepergiaan Adam. Minggu lepas, Fatimah hanya pergi sekolah dua hari je.

Malah dia juga minta keluarganya untuk call Auntie Love (Neelofa) supaya sampaikan doanya kepada Allah untuk kembalikan Adam buat 1 minit saja.Betapa rindunya Fatimah pada Adam ye! Sebak min baca…

“Fatimah gadis yang kuat, kita akan laluinya bersama, InsyaAllah”

Tweet tersebut mendapat respon Neelofa yang kemudian membalas di account Twitternya akan rasa sebak melihat keadaan Fatimah yang masih bersedih itu. Dia berpesan kepada Fatimah supaya terus mengingati Adam dalam doanya.

“Dia belajar kes3dihan dalam usia yang muda. Fatimah akan membesar jadi seorang gadis yang kuat”

Rata-rata netizen yang membaca tweet ini sangat bersimpati dengan keadaan gadis tersebut dan berharap Fatimah tabah dalam melalui dvgaan ini. Kalau kita yang tua pun sedih bila kehilangan orang tersayang, bayangkanlah keadaan anak kecil ni. Mesti lagi p3rit kan?

Sumber: Twitter

Marilah kita sedekahkan Al Fatihah buat Adam dan doakan semoga Fatimah kembali ceria seperti sediakala. Amin…

Sumber: citermalaya

Fatimah kembali ke sekolah, gambar Adamdidam jadi peneman, “Dia bukan seperti pakcik saya… tapi dia ayah saya!”

HANYA gambar jadi pengganti, tapi ia sudah cukup untuk mengubat kesedihan yang dialami oleh personaliti cilik, Fatimah yang kehilangan bapa saudara kesayangannya pada Ramadan lalu.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu membawa gambar kenangan bersama chef selebriti Muhammad Adam Mahamed Ismail ke sekolah untuk dikongsikan bersama guru dan rakan-rakannya.

Selepas 23 hari personaliti televisyen dan media sosial itu meninggal du”vnia, Fatimah akhirnya kembali bersedia untuk meneruskan sesi persekolahan pada Selasa.

Ibunya, Nor Ashila Mahamed Ismail memberitahu mStar bahawa seluruh warga sekolah turut bersedia untuk memberikan sokongan kepada Fatimah yang nyata terkesan dengan kehilangan bapa saudara kesayangannya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Fatimah and Ali made 2 #FathersDay cards. Fatimah said “One is for my real dad…and the other one is for my dad in heaven.”

A post shared by The Family UK 🇬🇧 (@thefamily.uk) on

“Fatimah minta bapanya cetak gambar dengan Mamajee (Adam) untuk dibawa ke sekolah sebab nak kongsi dengan kawan-kawan.

“Di sini, memang budaya untuk kongsi perasaan dengan orang lain di sekolah untuk membantu kita menghadapi situasi lebih baik,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Perkongsian tentang perkembangan Fatimah itu turut dimuat naik menerusi akaun Instagram @thefamily.uk berserta kapsyen yang mengundang rasa sayu netizen.

“Ini pakcik saya. Saya panggil dia Mamajee. Tapi, dia bukan seperti pakcik saya… dia ialah ayah saya!

“Mamajee meninggal dvnia. Saya sangat menyayangi Mamajee sebab dia buat saya rasa selamat,” ucap Fatimah kepada guru dan rakan sekelasnya.

Fatimah kembali ke sekolah pada Selasa. – Instagram @thefamily.uk

Melalui gambar yang dimuat naik, Fatimah mengenakan baju sekolah yang disarung dengan jaket rona merah jambu dan wajahnya menunjukkan riak sedih, selain matanya kelihatan bengkak.

Nor Ashila turut berkata, suaminya mencetak 37 keping gambar kenangan bersama Adam untuk dibawa oleh Fatimah ke sekolah.

“Pada mulanya Fatimah nak bawa semua gambar. Tapi kemudian dia pilih dua gambar dia dan Mamajee yang paling disukainya.

“Tapi, Fatimah ni secara semula jadinya tidak suka pentingkan diri sendiri. Akhirnya, dia pilih gambar ramai-ramai dengan Mamajee,” kata kakak Adam itu.

Tambahnya, bagi mengurangkan kesedihan anak perempuannya itu, Nor Ashila akan memasang rakaman surah kegemaran Fatimah sehinggalah kanak-kanak itu tertidur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya Rabb, This angel of ours is flying home to be with her family today. Please keep her safe for us. And please tell her that we’re going to miss her…loads! ♥️

A post shared by The Family UK 🇬🇧 (@thefamily.uk) on

Antara ketiga-tiga anaknya, Fatimah dilihat terlalu terkesan dan cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.

“Fatimah seorang budak yang ceria. Tapi, selepas Adam pergi, dia nampak sedikit murung tapi susah nak men4ngis.

“Dia balik sekolah tak gembira, sekejap OK dan sekejap tak. Tidak macam Mukhtar dan Ali,” ujarnya.

Nor Ashila juga sering memberitahu Fatimah untuk melepaskan perasaan yang terbuku di hati dan tidak mengapa jika dia ingin menangis.

Pada 19 Mei lalu, peserta Hero Oven musim kedua siaran TV3 itu dijemput Ilahi akibat jangkitan paru-paru.

Kehilangan Adam turut dirasai oleh lebih 457,000 pengikutnya di laman Instagram

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mstar via Menujukebenaran