ANAK kepada pelakon Kazar Saisi, Ira sekali lagi mengundang kontr0versi dalam kalangan netizen apabila dia didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pengarah filem terkenal berstatus suami orang.
Dakwaan itu mula berlegar-legar di media sosial sejak beberapa hari lalu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi terutama mengenai perihal rumah tangga pengarah terbabit.
Mengakui tidak tahu-menahu mengenai dakwaan itu, Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, 60, berkata dia selalunya menjadi individu terakhir yang akan mengetahui mengenai apa-apa g0sip atau kontr0versi mengaitkan anaknya itu.
“Saya tak tahu mengenai perkara itu. Selalunya saya akan jadi orang terakhir yang tahu jika ada apa-apa yang berlaku.
“Banyak benda yang saya tak tahu mengenai Ira. Memang kami duduk serumah tetapi kami tak pernah duduk bercerita.
“Malah kami jarang berjumpa sebab dia selalu duduk di dalam bilik sahaja,” katanya.
Nama Ira Kazar dikaitkan dengan tudvhan cvrang dengan seorang pengarah filem terkenal berstatus suami kepada seorang pelakon.
Selain itu, Kazar turut mempersoalkan tudvhan cvrang yang dikaitkan dengan anaknya itu.
Kazar berkata, tudvhan cvrang tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan sungguhpun pengarah berkenaan selesa berkawan dengan anaknya.
“Cuba beritahu saya dia cvrang yang macam mana? Orang lelaki kan boleh kahwin empat… mana ada istilah cvrang?
“Melainkan kalau mereka pernah bersekedvdukan, barulah saya anggap cvrang.
“Kalau setakat berkawan, ia tak kenalah…” katanya.
Kazar bergambar kenangan bersama keluarga.
Dalam pada itu, Kazar juga memberitahu dia enggan mencampuri urusan Ira kerana menganggap anaknya sudah cukup dewasa untuk membezakan perkara baik dan buruk.
“Saya pun tak boleh nak campur urusan mereka sebab Ira sendiri umur sudah lebih 21 tahun… sudah bukan dalam tanggungan. Saya dah tak larat lagi untuk nasihatkan dia. Dah buat macam-macam… sampai dah tak larat nak layan g0sip-g0sip tentang dia.
“Kalau masalah hati dan perasaan macam mana kita nak campur? Kita semua pernah bercinta, kita tahu masa bercinta semuanya manis. Orang lain dah tak boleh nak campur. Saya tak mahu cakap lebih-lebih nanti jadi fltnah,” katanya.
Sebelum ini, nama Ira menjadi sebutan netizen apabila dia memuat naik video menari dengan aksi yang mengghalrahkan.
Malah gadis ini juga pernah menjadi buah mulut netizen apabila gambar dia menclvm pipi seorang jejaka tular di media sosial.
Tindakan gadis berusia 24 tahun ini membuatkan nama bapanya turut terpalit dengan isu berkenaan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Mstar via CatatanTerakhir