Saya pun kena tlpu – Aaron Aziz

Menerusi entri pelakon Datuk Aaron Aziz dalam laman sosial miliknya semalam, pelakon ini ada berkongsi memohon bantuan orang ramai bagi membantu seorang kanak-kanak yang menghidap k4nser. Namun siapa sangka maklumat yang diterima adalah palsu dan Aaron sendiri akui dirinya telah ditipu.

Berikutan kes tersebut, Aaron telah pun membuat laporan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan. Aaron turut meminta maaf kepada mereka yang telah pun memberi sejumlah wang sebagai sumbangan.

“Berhubung k3s semalam, saya pun kena tipu.

“Saya dapat maklumat tersebut dari laman Facebook Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia. Segala informasi nampak seperti tepat dan isteri saya juga telah menghubungi untuk kepastian.

“Biasanya saya akan lebih berhati-hati dalam hal begini. Namun mungkin saya terlalu emosi apabila melihat gambar bayi tersebut.

“Laporan telah pun dibuat dan kita akan tahu siapa yang salah,” ujar Aaron. – MHE TV

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SAYA KECEWA & MARAH!! minta maaf team Jodoh Jodoh Anissa tunggu saya.. POLIS MEMINTA SIAPA YG DAH TRANSFER DUIT KE ACCOUNT MOHD ZAKUAN TU PLS BUAT LAPORAN

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

“SAYA mohon maaf kepada semua atas perkongsian mengenai penderitaan kanak-kanak yang memerlukan sumbangan orang ramai kerana ia ternyata p4lsu dan saya tertipu,” kata Pengerusi Persatuan Kebajikan K4nser Bersatu Malaysia, Nor Azmi Jalaludin.

Nor Azmi berkata, perkongsian di laman rasmi Facebook (FB) persatuannya itu adalah atas niat baik mahu membantu dan simpati terhadap seorang pesakit k4nser darah tahap tiga.

“Saya malu kerana tertipu namun saya perlu jelaskan perkara ini supaya orang ramai juga tidak tertipu,” katanya ketika dihubungi hari ini

Perkongsiannya semalam adalah bagi memohon sumbangan orang ramai untuk membeli mesin bantuan oksigen kanak-kanak perempuan, Zulaikha Mohd, 3, yang kemudian tular di laman sosial selepas dikongsi ramai termasuk artis popular Datuk Aaron Aziz.

Status itu antara lain mendakwa anak yatim itu yang kematian bapanya tahun lalu dan tinggal di Pulau Pangkor, bergantung hidup pada mesin oksigen yang disewa daripada hospital serta memerlukan bantuan mesin baru kerana mesin lama didakwa rosak.

Nor Azmi berkata, cerita yang dikongsi itu bagaimanapun tidak benar dan perkara itu dimaklumkan rakannya pagi tadi yang kemudian meminta dia membuat laporan polis.

Katanya, dia menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Puan Julia berusia 42 tahun yang mendakwa memerlukan bantuan untuk anaknya, Zulaikha pada Jumaat lalu.

“Wanita itu menghubungi saya menggunakan telefon awam yang mendakwa berasal dari Terengganu dan kini menumpang rumah adik iparnya di Pulau Pangkor.

“Dia mendakwa tidak mempunyai telefon dan mahu berjumpa untuk bantuan anaknya yang mempunyai penyakit k4nser d4rah membuatkan saya berjumpanya di hadapan Hospital Seri Manjung (HSM) pada hari sama sebelum solat Jumaat,” katanya.

Nor Azmi berkata, wanita itu bagaimanapun tidak membawa bersama anaknya dan menangis ketika menceritakan penderitaan anak yang kononnya memerlukan mesin pernafasan selain turut menunjukkan surat mati suaminya yang didakwa akibat kem4langan.

“Saya kemudian diberikan nombor akaun atas nama Mohd Zakuan yang didakwa adik ipar wanita itu atas alasan dia tidak mempunyai akaun bank.

“Malangnya semua itu adalah tidak benar dan gambar kanak-kanak itu juga diambil daripada Internet membabitkan pes4kit k4nser luar negara yang sudah meningg4l dunia,” katanya.

Menurutnya, sebagai bekas pes4kit k4nser tulang, dia memahami kesukaran hidup mereka yang memerlukan dan sebab itu dia mahu membantu pes4kit k4nser terutama mereka yang serba kekurangan melalui persatuannya yang sudah ditubuhkan sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, pelakon Aaron Aziz melalui Instagramnya berkongsi berita mengenai kanak-kanak itu semalam, yang kemudian turut dikongsi pelakon Nora Danish.

Aaron bagaimanapun sudah memadam status berkenaan serta membuat laporan polis berhubung perkara itu hari ini dan memuat naik rakaman video mengatakan kecewa tertipu mengenai perkara itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber  :  Instagram Aaron Aziz via MHETv