PENYANYI dan pelakon sensasi Aliff Aziz mengakui sedang melalui fasa paling sukar dalam hidupnya selepas bercer4i dengan bekas isteri, Bella Astillah pada 16 Mei lalu.
Menerusi temubual di stesen radio Hot Fm pada Selasa, Aliff berkata, keruntuhan rumah tangga menjadi punca dirinya hilang arah dan tersilap langkah sehingga mencetuskan beberapa kontr0versi.
“Saya akui silap saya tapi sebagai manusia biasa selagi saya hidup… saya boleh berubah.
“Selepas saya bercer4i dengan Bella, saya melalui fasa bukan menjadi diri saya sendiri.
“Saya terasa amat kehilangan dan mungkin menyebabkan saya tersilap langkah. Saya minta maaf juga kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan atau percakapan saya,” ujarnya.
Aliff akui rindu kepada anaknya dan mohon orang ramai doakan jodohnya kembali bersama Bella.
Aliff menjawab soalan salah seorang penyampai radio stesen itu berkaitan kontroversi tatu dan video ‘lalok’ seakan-akan sedang berg4duh di telefon.
Dalam pada itu Aliff mengakui video yang tular itu bukan sedutan daripada mana-mana drama yang pernah dilakonkan sebelum ini.
Katanya, kej4dian itu berlaku berikutan dia dianiay4i oleh seorang rakan yang bertujuan ingin menjatuhkan dirinya.
“Itu bukan telefilem atau drama, saya bercakap dengan seseorang dan ketika itu ada masalah sedikit tapi sudah selesai.
“Saya dianiayai kerana saya jumpa orang yang salah. Namun biarlah tuhan sahaja yang balas, hanya saya dan tuhan sahaja tahu apa yang jadi,” ujarnya.
Sementara itu, Aliff dalam nada sebak turut meluahkan perasaan rindu kepada anak dan berterima kasih kepada bekas isterinya yang banyak memberi sokongan moral untuk dia meneruskan kehidupan.
Aliff juga menganggap Bella sebagai seorang isteri yang baik dan yang tidak boleh dicari ganti.
Kalau saya nak cari wanita lain sebagai ganti, belum tentu dapat seperti Bella. ALIFF AZIZ PENYANYI
“Jujur saya sangat rindukan anak. Apabila tuhan tarik sedikit nikmat… saya sangat terasa. Saya sepatutnya jadi contoh dan suami yang baik kepada Bella sejak dulu lagi.
“Kalau saya nak cari wanita lain sebagai ganti, belum tentu dapat seperti dia. Terima kasih berada dengan saya selama lima tahun ini dan maafkan kesalahan saya.
“Saya juga harapkan orang ramai doakan jodoh kami bertemu kembali,” luahnya.
Untuk rekod Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.
Penyanyi itu juga sebelum ini beberapa kali kantoi berlaku curang sehingga Bella membuat keputusan untuk berpisah.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: mStar