“Tak Berjurai Pun Air Mata,” – Jawab Farah Lee Bila Ally Iskandar Kongsi Hasrat Nak Bina Masjid

Dua hari lalu, bintang media sosial Farah Lee ada berkongsi sekeping foto sambil merakamkan rasa terharunya apabila bekas suami, hos Ally Iskandar bersama isteri barunya turut sama menghantarnya berangkat ke London bagi meyambung pengajian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Families. . #keepitlikethis #foreverfamily #siblings #inlawsmalaysia #inlawsmatabirusoon #eh 🙈 #OEbalikMALAYSIA @ommaesabel

A post shared by FARAH LEE (@farahlee_) on

Pada masa sama, ibu tunggal ini turut mendedahkan bahawa sesi tersebut menjadi pertemuan pertama Maream bertemu dengan ‘ibu’ yang baru dikahwini bapannya, namun mereka tidak sempat untuk merakam foto bersama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Penantin baru hantar #ommaream balik UK 🙈 First time Maream jumpa Ibu tapi kalut2 tadi terlupa nak ambik gambar berempat 😌 Barakallahufik to both Daddy and Ibu. Moga mendapat dan membagi sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga. Dan berkekalan hingga Syurga. Cecepat bagi Maream baby brother okay.? Kurang sket pressure omma 😌 . Anyway, thanks semua for sending us off (termasuk yang di belakang gambar 🤪). . Terima kasih Malaysia walaupun tak terima kasih sangat sebab balik busy buat assignment, collect data masters thesis and settle @ommaesabel 😭 Till we meet again taktau again tu bila 😌 . [4years10months] #mareamesabel #ommaream #mareamdaddy #OEbalikMALAYSIA

A post shared by FARAH LEE (@farahlee_) on

Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya rasa sebak selain turut memuji cara keduanya di dalam mendidik anak meski sudah saling berpisah.

Malah, ada yang turut bersedih mengenangkan apa yang berlaku. Bagaimanapun, menerusi satu komen yang dibalas Farah atau lebih sinonim disapa Omma, dia tidak rasa sedih.

Sebaliknya gembira dengan keputusan bekas suami.

“Awak masuk dalam hati orang lain ni. Bila Daddy bagitahu dia nak berkahwin, saya sangat gembira. Tak berjurai pun air mata,” balasnya.

Terdahulu, Ally atau nama sebenarnya, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 43, difahamkan telah mengakhiri zaman duda apabila bernikah dengan seorang wanita bernama Marlina Ibrahim pada Sabtu lalu di Temerloh, Pahang.

Ally sebelum ini pernah bergelar suami kepada Farah atau nama sebenarnya, Nur Farahin Romli pada 20 Januari 2012.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Glad that you able to enjoy your Raya with both omma & daddy this year (even only half of raya night and first raya). Thanks daddy for coming over.! . It hurts as you grew bigger, you noticed your family at home is two, but others are more than you do. Then you started comparing, asking “Why I don’t have daddy staying with me, like others too?”. . It hurts when there’s nothing left I can give. I’m sorry Maream, I’m sorry. . I know I failed to save the place we used to call home, I just hope, I don’t fail being a mom too. So this is the best I can do, for you. . I just love you so much, and I really do 😢 #FLwrites . [4years9months] #mareamesabel #OEbalikMALAYSIA #ommaream #mareamdaddy @allyiskandarrasmi #OEbootangRAYA @ommaesabel

A post shared by FARAH LEE (@farahlee_) on

Keduanya berpisah pada 17 Ogos 2016. Namun hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel,5 tahun.

Foto: Instagram Farah Lee/Carian Google

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MH