PELAKON dan penyanyi Alvin Chong mengakui dia bersikap terbuka untuk dikaitkan dengan aktres Janna Nick.
Alvin berkata, tidak timbul masalah baginya dengan gosip sedemikian kerana sudah lali ‘dijodohkan’ oleh peminat.
“Saya tak kisah jika timbul gosip cinta macam itu dan okay sahaja.
“Sebelum ini pun saya pernah dikaitkan dengan beberapa orang aktres dan tak mustahil jika lepas ini kena gosip dengan Janna pula!,” katanya kepada mStar Online.
Menerusi drama Awak Suka Saya Tak, peminat turut mengharapkan Alvin menjalinkan hubungan cinta bersama heroinnya iaitu Emma Maembong.
Terbaharu, Alvin bergandingan bersama Janna dalam lagu ciptaan Hael Husaini berjudul Aku Kamu.
Dalam pada itu, pemuda berusia 26 tahun ini mengakui senang bersahabat dengan pelakon cantik itu.
Katanya, Janna seorang wanita yang ringkas, ceria dan mudah diajak berbual.
“Sejujurnya saya selesa berkawan dengan Janna. Dia gadis yang baik, mesra dan sikap gila-gila dia buat saya senang.
“Lagi best dia pandai masak, kalau nak tahu masa penggambaran muzik video ini di Itali bulan lalu, dia yang masak untuk kami,” ujarnya.
Bercakap mengenai single duet bersama Janna, lagu tersebut merupakan runut bunyi untuk drama My Coffee Prince yang sedang bersiaran di Astro Ria.
Alvin berkata sesi penggambaran klip video lagu tersebut mengambil masa tiga hari untuk disiapkan di Roma, Itali.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar