Penyanyi Nourul Depp mendedahkan menerima luahan hati seorang individu yang menyimpan hasrat untuk berkahwin dengan anak perempuannya, Ayu Nazirah.
Namun hasrat tersebut telah ditolak oleh Ayu kerana memanggil ibunya menggunakan panggilan ‘awak’.
Nourul menerusi Instagram (IG) miliknya memuat naik ‘screenshot’ kiriman mesej yang diterimanya.
“Kami tak larat nak gelak. Ni nak meminang kami ka nak meminang anak kami? Hahaha.
“Kami tau la kami nampak dua beradik (acewah mak dia perasan muda) hai awak. Saya takutlah awak hahahaa.
“Jangan main main chek oi. Sat lagi bapak dia pendekar johor tu naik angin sat lagi kami tak tau.
“Tu belum lagi pendekar perancis keluaq hahaha.
“Tapi manis lah adik ni. Tak tau dia minat mak ayu ka atau ayu hahaha. Mai la jadi anak angkat.
“Toksah jadi menantu. Ayu bagi jawapan kata fail sebab panggil mak dia “awak” hahahaha.
“La ni no senang sungguh. Zaman cyber. Nak mengorat kat twitter kat instagram kat facebook.
“Nak mintak anak dara orang pun message direct mak anak dara hahaha comey hang ni adik oi. Kerja programmer. Not bad!
“Jangan kecewa tengok jawapan @ayu_ace frust dia sat lagi ni. Jangan terjun bangunan na. Anak kami biasa ja na. Sila cuba lagi!” tulisnya sebagai kapsyen.
Nourul berkahwin dengan Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas pada 25 Disember 1996 dan bercerai pada 28 Februari 2007. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.
Kemudian Nourul melangsungkan perkahwinan bersama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
Ayu merupakan anak hasil perkahwinan Nourul dengan suami pertamanya iaitu komposer, Ajai. Rata-rata memuji kecantikan anak gadisnya penyanyi itu yang kini semakin meningkat dewasa. Segelintir juga menyifatkan Ayu mewarisi kejelitaan wajah ibunya.
Dalam entri lain, Nourul juga berkongsi sepanjang membesarkan anak sulungnya itu dia tidak mempunyai pembantu rumah sehingga bayi tersebut berusia dua tahun. Dia juga mendedahkan anaknya takut dengan Ajai kerana terlalu tegas sehingga membuatkan hubungan mereka lebih rapat.
“Ayu usia tiga bulan masa tu nak pergi show dekat Sungai Buloh. Susah nak tinggal si anak dara botak saya! Ayu baby yang sangat baik. Letak saja depan TV, tahulah dia main sendiri. Letak je permainan. Jadi saya takde pembantu rumah dari mula kahwin sampai usia Ayu dua tahun lebih.”
“Bila dah sibuk dengan album duet baru ambik arwah kak Sabariah bekerja. Dia banyak membantu. Ayu sangat takut dengan papanya yang tegas. Jadi itu membuatkan kami lebih rapat bersama,” tulisnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: gempak, mstar dan ig via Asia Kini