Pelakon Elfira Loy yang kini hamil enam bulan, akui sudah mula berdebar menanti detik kelahiran bayi sulungnya.
Namun, Elfira memberitahu HLive, dalam yang sama dia teruja untuk menyambut cahaya matanya dan seronok menikmati proses kehamilannya.
“Sekarang ini, saya dah mula fikir takut hendak bersalin dan sudah mula memikirkan bagaimana keadannya bila semakin dekat dengan waktu itu.
“Dalam masa yang sama saya teruja juga untuk menati kelahiran anak saya ini dan ia adalah cucu pertama bagi kedua-dua belah keluarga saya dan suami.
“Buat masa sekarang saya hanya mahu fokus dan menikmati proses kehamilan ini kerana ia rezeki dari Allah yang bukan semua orang dapat rasainya,” katanya.
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anwar, pada 1 Jan lalu.
Sementara itu, apabila ditanya apakah perubahan yang berlaku terhadap dirinya, Elfira menjawab dia kini lebih suka memandu kereta sendiri.
“Jika dulu saya tidak suka memandu tetapi kini saya sendiri yang akan memandu kerana jika tidak saya akan rasa pening duduk di dalam kereta,” katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak