Syawal menjadi ruang dan peluang peminat untuk beraya di rumah artis kesayangan mereka. Selain bertemu mata, Syawal juga menjadi pengikat ukhuwah antara artis dan peminat. Sama seperti pelakon popular Mira Filzah yang akui terkejut dengan sambutan lebaran saban tahun. Katanya, kediaman di kampungnya di Ipoh, Perak pernah dikunjungi tetamu tanpa mengira masa biarpun sudah hampir larut malam.
“Saya tak tahu lagi bagaimana sambutan raya tahun ini tetapi tahun lepas saya terkejut apabila ada enam buah kereta tiba-tiba datang ke rumah pada pukul 11 malam”.
“Sebab mereka tahu saya ada di rumah, jadi mereka singgahlah beraya ketika itu,” katanya. Mira memperuntukkan tempoh selama seminggu untuk meluangkan masa di kampung sempena lebaran kali ini. “Sambutan masih sama meriah setiap tahun.“Menariknya kerana mood dan suasana beraya di kampung itu masih sama seperti zaman kanak-kanak.
“Amalan tolong menolong, bantu pasang langsir malam raya dan budak-budak main mercvn luar rumah masih ada sampai sekarang,” tambahnya. Mira yang dilantik sebagai wajah rasmi kempen Ramadan-Raya Lancome bakal memulakan penggambaran drama bersiri Sweet Dreams selepas sambutan Aidilfitri nanti.
Selain itu, buat pertama kalinya Mira bakal mengadakan rumah terbuka bersama kelab peminatnya tahun ini. Tak sabar!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: infosebenar.com