“Masih Ada Yang Ingat Shahrul ” – Linangan Air Mata Sheila Rusly Syukur Atas Doa Saharul Ridzwan Di Tanah Suci, Sebaknya!

Pengarah dan penerbit, Jinggo yang juga merupakan suami kepada pelakon, Sheila Rusly memuat naik video isterinya sedang mengalirkan air mata.

Saat ditanya mengapa, Sheila mengatakan bahawa air mata tersebut bukanlah air mata kesedihan tetapi sebaliknya.

Rupanya-rupanya, Sheila terharu apabila Saharul sempat mendoakan dia dan suami di depan Kaabah.

“Saharul Ridzwan ada dekat Mekah, I tak pernah suruh buat apa-apa untuk I, selama ni pun apa I buat untuk dia adalah ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

“I tak pernah harap apa-apa dengan Saharul tapi rasa bersykur sebab dalam ramai-ramai artis yang I didik, masih ada yang ingat I,” katanya di dalam video tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Antara mereka yg terpilih didalam doa @saharulridzwan sedih sangat bila sis dapat whatsapp ni😪 Tak pernah sekali sis mintak balasan dari mereka yg sis didik. Cukup sekadar menghargai. Moga allah permudahkan segala urusan kita didunia & diakhirat. Umrah mabrur insyaallah. #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

Dalam pada itu, Sheila menerusi perkongsiannya juga sempat mendoakan agar umrah Saharul dipermudahkan.

“Antara mereka yg terpilih didalam doa @saharulridzwan sedih sangat bila sis dapat whatsapp ni.

“Tak pernah sekali sis mintak balasan dari mereka yg sis didik. Cukup sekadar menghargai. Moga allah permudahkan segala urusan kita didunia & diakhirat. Umrah mabrur insyaallah. #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya di Instagram.

 difahamkan, Saharul kini mengerjakan umrah bersama isterinya, Qabilaa Deena Emir dan anaknya, Muhammad Luth Ali.

Foto/Instagram: Jinggo, Sheila Rusly & Saharul Ridzwan

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

sumber: MH via gengjoyah.com