Dalam kita seronok meraikan cahaya Aidilfitri kali ini, ada juga di kalangan selebriti yang bersedih kerana kehilangan insan tersayang. Terbaru penyanyi dan juga penyampai radio di Zayan FM, Mawi yang pernah mencetus fenomena suatu ketika dulu, telah kehilangan ibu tersayang, pada Syawal mulia.
Ibunya, Ramlah Sarlan yang menlnggal dunia pada usia 73 tahun pada waktu Maghrib bersamaan 15 Syawal di rumah di Felda Taib Andak, Kulai, Johor. Sebelum itu, arw@h yang berdepan masalah kesihatan kerana komplikasi beberapa peny@kit dimasukkan ke h0spital sejak Syawal kelima.
Walaupun Mawi bersedih dengan kehilangan ibunya ini, tetapi dalam masa sama berasa tenang dan bersyukur kerana dapat menjaga arw@h dari awal hingga ke akhir hayatnya.
Bukan sahaja Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani, malah isterinya Nora’Asikin Rahmat atau Ekin juga turut terkesan dengan kehilangan ibu mertua yang disayangi ini.
Ketika dihubungi Hijabista baru-baru ini dia menyatakan kesedihannya dengan berita pemergian insan tersayang berkenaan.
“Memang Ekin rasa sedih dengan kehilangan mak. Hubungan kami memang sangat rapat dan baik. Kali terakhir bertemu dengan Mak dua hari sebelum arw@h menlnggal dunia. Masa itulah kali terakhir kami menjaga Mak di Hospital.
“Mak menlnggal ketika kami berdua tiada di sisinya. Dua hari lepas menjaganya di Hospital Kulai, mak menghembuskan nafas terakhirnya,” ujar Ekin terkenang momen manis semasa hayatnya arw@h
Menurut Ekin, dia cukup kagum melihat kelebihan arw@h ibu mertuanya itu walaupun sudah berusia tetapi boleh mengajar anak-anak orang kampung mengaji hanya dengan mendengar sahaja.
“Ekin memang respek dengan arwak Mak. Dia boleh ajar anak-anak orang kampung mengaji hanya dengan mendengar sahaja tanpa melihat kitab atau muqaddam.
“Itu pencapaian yang sangat hebat dan momen paling manis untuk Ekin kenang sampai bila-bila. Mak memang jenis kurang bercakap, tetapi suka tengok gelagat anak-anak dan cucunya.
“Lagi satu apa yang Ekin sedari, arw@h juga ketika hayatnya seorang ibu yang sangat-sangat kuat dan tinggi tahap redanya. Biarpun pelbagai dugaan hebat yang datang, Mak tetap tenang menghadapi segalanya,” tambahnya lagi ketika ditanya ajaran arw@h yang akan diingati sampai bila-bila.
Untuk pengetahuan, Ekin dan Mawi berkahwin pada tahun 2008 dan diraikan dalam satu majlis penuh gemilang. Pasangan yang sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga ini dikurniakan seorang anak, Cahaya Malaika kini berusia 6 tahun.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Hijabista via CatatanTerakhir