Pepatah malang tidak berbau yang biasa digunakan itu sememangnya sesuai digambarkan untuk sistuasi yang dihadapi oleh wanita ini. Dia digigit oleh serangga yang tidak diketahui identiti sehingga menjadikan bibir wanita itu berubah dari rupa asalnya.
Serangga yang tiba-tiba hinggap di bahagian kiri bibirnya itu telah menyebabkan dia mengalami kegatalan selain daripada bibirnya yang turut membengkak.
Kisah yang dikongsi oleh dirinya sendiri itu telah mendapat perkongsian lebih dari 2 ribu perkongsian;
Tengah syok bawak motor tetiba ada benda hinggap kat bibir…
Okey ni baru sampai salon. Ingatkan biasa jela. Aku pon selfie la nak masukkan dalam gp family 🙄…
Ni pergi depan nak sapu ngan mop lantai. Okey masani dah start gatai ketiak. Ingatkan gatal sebab berpeluh. Tetiba kat lengan pon gatal jugak 😫 start gegata dah….
Okey dah start gatal bebenor dah ni. Tengah pikir nak gi klinik ke tak….
Okey tengah tunggu turn kat Klinik. Pergi klinik paling dekat ngan salon. Klinik Imani tu. Malu weh 😂 Dah start berbintat kat muka. Gatal sangat
Sumpah klinik Imani the best. Doktor lembut saangaat. Lepastu malam tu siap call lagi, tanya ada demam tak lepas cucuk ubat. Bagi 5 bintang la 💗
Time ni tengah stress jugak sebabnya masa tunggu ubat. Kakidaa duduk kat ruang menunggu tu dengan rasa nak muntah, loya sebab baru cucuk ubat. Lepastu patient sebelah kakidaa terlebih peramah cerita pengalaman dia kene sengat tebuan.
Aku dah la pening masatu 😂 3 kali bai abang tu cerita pengalaman dia. Rasa nak saletip je mulut dia masatu. Tapi okeyla meriah sikit..
Ni otw balik rumah sebab dapat mc. Muka tengah stress sebab kene nganjing ngan Abang Alif 😭
Ni semalam nak pergi farmasi. Memang pakai purdah la weh. Sebab kat rumah takde mask 😷
Ni petang semalam pergi cod…
Yang ni harini. Alhamdulillah sibaik tak kene buat pembedahan plastik 😂 Dah makin okey cuma pipi belah kiri masih tembab. Hikmahnya dapatla rest kat rumah 2 hari. Terima kasih Ya Allah 🥰
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:FB Rambut Jelita via OMM