” Saya Kena Minta Izin Suami Sebelum Buat Keputusan..” – Tya Arifin

Menantu tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin akui perlu mendapatkan keizinan suaminya, Asyraf Khalid sebelum menerima sebarang tawaran berlakon atau muncul dalam mana-mana program televisyen.

Menurut Tya, Asyraf tidak pernah menghalang tetapi ia perlu dipertimbangkan memandangkan kini sudah mempunyai dua orang anak.

“Saya rindu nak berlakon dan masih terbuka untuk kembali di kaca televisyen seperti sebelum ini.

“Cuma sekarang ini saya baru habis proses berpantang dan sibuk menguruskan perniagaan jual jamu.

“Suami tidak pernah menghalang tetapi saya kena tengok sama ada tawaran itu sesuai atau tidak memandangkan saya kini ibu kepada dua orang anak,” katanya kepada Gempak.

Tya ditemui ketika majlis perasmian produk keluaran penyanyi Kilafairy, Kilafit yang diadakan di Forest Hall, Kajang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Congratulations to @asyrafkhalid @kilafairyofficial @hamiz.shah for Grand Launching of Kilafit @kilafit . Semoga sukses selalu! 💕

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

Tambah Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin, keluarganya makin meriah selepas kehadiran anak kedua, Azzahra Jiwa Asyraf.

“Saya berasa bersyukur dan gembira kerana bilangan ahli keluarga sudah bertambah.

“Kehidupan saya sudah lengkap kerana sudah mempunyai sepasang anak, seorang lelaki dan perempuan,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The Sunshine in my day, The Joy in my soul, And the love of my life, @arifjiwaasyraf & @azzahrajiwaasyraf 💕

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

Tya dan Asyraf berkahwin pada 1 November 2015. 

Menerusi perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semuanya itu tak seindah apa yang terlihat di depan, begini contohnya . . . 100 kali begambar, 1 yang approve 😅 Kita senasib, bukan ?

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jiwaku Arif dan Azzahra 💕 @arifjiwaasyraf @azzahrajiwaasyraf

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak