“Tak Bermakna Buat Status Ada Kena Mengena Dengan Izreen Atau Bekas Suami Saya “- Bukan Raih Simpati Kata Intan Liana

Bekas isteri pemuzik, Ude Wahid iaitu Intan Liana ada berkongsi foto bersama dua orang anaknya, Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Malah, foto tersebut disertakan kapsyen sebagai motivasi untuk diri sendiri dan secara umum.

“Aku tak bisa mengubah arah angin..tapi aku bisa menyesuaikan layar untuk mencapai impian…bonda sayang anak2 bonda…bonda akan buat yg terbaik tuk muqri’s”,” tulisnya.

Bagaimanapun, Intan merasakan bahawa ada sahaja mulut-mulut netizen yang masih mengaitkan kisahnya dengan bekas suami.

Tidak hanya berdiam diri, Intan memuat naik status terbaru.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Good night 💛💔

A post shared by Intanroxs (@__iiiintan.saleh) on

“Caption macam ni pun nampak macam kita raih simpati ke? or boleh buat org komen bukan2 tuk pihak sane? Rasanya caption tuk diri sendiri.. If kalau rasa meluat or rasa bonda ni jahat, tak payah tengok IG bonda senang citer.. 

“Tak bermakna buat status ada kena mengena dengan orang sana. 

“Please la bonda pun ada kehidupan sendiri. Bukan aku hidup dengan dia je.. Aiyyooo!,” tulisnya menerusi Insta Stories. 

Menerusi perkongsian gambar tersebut, rata-rata netizen memuji sifat tabah dan kuat ibu tunggal itu.

Untuk rekod, Intan dan Ude berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri, dan Ariq Muqri. Mereka bercer4i pada 22 Mac 2018 dengan t4lak satu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Intan kecik☺️..ape yang same ? . Gnitezzzz kesayangan 🥰 #the3thatloveeachothers #singlemomlife #alhamdulillah #dmuqri #lovemyself #💚

A post shared by Intanroxs (@__iiiintan.saleh) on

Sebelum itu, Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang dilahirkan Sabtu lalu.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada  2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adrian Umar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih kak yanie @yaniebaharom 😘🥰💚 . SELAMAT HARI IBU SEMUA !!!! . Wanita yang kuat itu adalah wanita yang selalu bangkit ketika saat dia terjatuh. Dan bersempena edisi istimewa Sambutan Hari Ibu, @hijabnheelsofficial menampilkan figura media sosial, @__iiiintan.saleh yang suatu ketika dulu pernah menggemparkan industri hiburan apabila diceraikan suaminya setelah bersetuju untuk berpoligami dan menerima seorang pelakon sebagai madunya. Status ibu tunggal menjadikan beliau lebih positif dan kuat menempuh kehidupan, tanpa disangka beliau mampu berdikari atas kaki sendiri tanpa bantuan insan bergelar lelaki, malah bertambah bahagia kini dikelilingi kasih sayang anak-anak tercinta. Ikuti temubual penuh bersama wanita cekal ini menerusi www.hijabnheels.com . PENAJA Lokasi: Cempaka Suites, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Instagram : @putraworldtradecentre Pakaian Intan: @ainahariz Pakaian kanak-kanak : Instagram: @threelittleahmads Solekan: Feiruz Sohor Instagram: @feiruzsohor 👠 : @frkl21

A post shared by Intanroxs (@__iiiintan.saleh) on

Foto : Instagram Intan Liana

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MH