Selepas Dua Bulan Tular Kisahnya Tak Mampu Beli Susu Anak, Akhirnya Ini Yang Terjadi Kepada Reza Hasbi

Pelakon Reza Hasbi sedih apabila terus menjadi mngsa kecam4n netizen berikutan luahan mengenai kesempitan hidup sehingga merancang membuat permohonan bantuan di pusat zakat pada hujung Mei lalu menjadi tular di media sosial.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kalau aku takde shooting ni la keje aku.. mybe same mcm bangla.. tpi xpe.. demi sesuap nasi..🤗🤗🤗🌄🌄🌄

A post shared by Reza Hasbi Official (RH) (@reza.hasbi) on

Menurut Reza, 30, sehingga kini dia masih menerima mesej berbentuk s1ndiran daripada netizen yang mempersoalkan niatnya meminta bantuan zakat dan beranggapan dia seorang yang pem4las dan cuba mengambil hak orang lain yang lebih susah.

” Setelah sebulan berkongsi cerita mengenai kesempitan hidup, masih ada netizen yang sind1r dan p3rli-p3rli saya serta keluarga di laman sosial kononnya pemalas dan nak ambil hak orang lain yang lebih susah.

” Sebenarnya, saya bukanlah nak minta zakat yang diperuntukan untuk orang f4kir miskin, sebaliknya hanya terfikir untuk memohon zakat bagi memulakan perniagaan atau apa-apa yang sesuai dengan keadaan saya.

” Saya pun masih sedar diri dan tak akan ambil hak orang lain. Ada orang lebih susah dan layak untuk menerima zakat itu,” katanya kepada mStar.

Reza sebelum ini menerusi laporan mStar pada 30 Mei lalu mendedahkan dia berhadapan dengan situasi memeritkan apabila terpaksa meminta ihsan ibu bapa demi meneruskan kehidupan.

Perkara itu terjadi disebabkan lebih dua bulan dia tidak menerima mana-mana tawaran berlakon.

Rata-rata netizen mengkrit1k niatnya untuk memohon bantuan zakat sehingga membuatkan isterinya, Rosedarlila berang dan memuat naik status di Instagram.

Menurut Reza, isterinya ketika itu terkejut apabila dia menjadi sebutan di media sosial dan masih belum biasa dengan kecaman netizen.

” Isteri terkejut apabila ramai orang tag dia mengenai artikel luahan perasaan saya itu di laman sosial, biasalah sebagai isteri mesti ada sedikit perasaan emosi apabila orang bercakap tentang keluarga.

” Lagipun dia tak biasa dengan kecaman netizen dan saya pun tak boleh nak buat apa bila dia marah, tapi sekarang dia sudah faham dan keadaan semuanya sudah okay seperti biasa,” ujarnya.

Selepas kisah kesempit4n hidup tular, Reza menerima beberapa tawaran lakonan.

Bercakap mengenai perkembangan terkini, Reza atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Habullah memberitahu dia ada menerima beberapa tawaran berlakon drama dan filem.

Selain itu, dia juga membantu menjual produk milik seorang usahawan dan ikon fesyen terkenal.

” Alhamdulillah saya ada terima beberapa tawaran berlakon drama dan filem. Walaupun hanya watak sampingan, sedikit sebanyak ia membantu saya menjana pendapatan untuk keluarga.

” Saya juga ada membantu menjual produk keluaran Wak Doyok dan apa yang boleh saya kata, rezeki saya bertambah selepas apa yang telah berlaku,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar via Asiakini