Hari ini genap setahun bekas penyampai berita dan wartawan penyiaran, Izwan Azir Saleh mengumumkan perletakkan jawatannya secara langsung di Buletin Utama.
Lalu, ingatan serta dedikasi itu diluahkannya menerusi Instagram yang dikemas kini.
Difahamkan, Izwan kini terlibat dalam bidang perkhidmatan awam sebagai Setiausaha Akhbar Menteri.
“365 hari telah saya lalui sejak berhijrah dari dunia penyiaran ke perkhidmatan awam di MITI. 365 hari penuh warna warni sejak hari pertama melapor diri terus kepada seorang Menteri.
“InsyaAllah, masih dikurniakan kudrat dari Ilahi untuk terus melangkah, terus memberi bakti. Demi ibu pertiwi,” tulinsya disertakan gambar-gambar terkininya.
Sudah berkhidmat selama 16 tahun bersama Media Prima berhad (MPB), Izwan pastinya mempunyai kenangan yang tidak boleh dilupakan sepanjang bergelar wartawan penyiaran.
Terdahulu, Izwan pernah menerima pelbagai reaksi hebat netizen gara-gara menyampaikan mengenai isu politik sebelum ini.
Foto/ Video : Instagram Izwan, Youtube
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: MH