DRAMATIS Datin Fadilah Mansor mengakui kesihatannya merosot selepas pemergian suaminya, penyanyi Allahyarham Datuk A Rahman Hassan pada 13 Jun lalu.
Fadilah, 59, berkata, dia terlalu tertek@n kerana sering memikirkan tentang Allahyarham sehingga menerima ser@ngan j@ntung pada Isnin.
“Setahu saya tidak pernah ada penyaklt j@ntung.
“Tak tahu macam mana… mungkin saya terlampau str3ss, tiba-tiba sahaja rasa saklt dan pedih di bahagian dada, ses4k nafas dan tak boleh nak bercakap.
“Mujur ketika itu saya sedang berkumpul bersama anak-anak di rumah. Saya terus minta bantuan anak-anak untuk hantar ke h0spital,” katanya kepada mStar.
Fadilah masih merindui arw@h suami.
Fadilah dimasukkan ke H0spital Kuala Lumpur (HKL), pada Isnin lalu selepas mengadu sakit di bahagian dada dan tidak boleh bercakap.
Bagaimanapun, Fadilah berkata, keadaannya semakin stabil dan perlu menjalani beberapa rawatan susulan bagi mengetahui punca sebenar masalah kesihatannya itu.
“Selepas ini saya perlu melakukan beberapa rawatan susulan setiap hari Rabu termasuk inde0gram.
“Kalau ikutkan tekanan nadi saya masih rendah. Tengok esok macam mana. Kalau semakin baik saya dibenarkan pulang,” katanya.
Kalau saya masih tinggal di situ, saya tidak boleh buat apa-apa kerana terlalu banyak memikirkan arwah.
FADILAH MANSOR
PELAKON
Dalam pada itu, Fadilah turut memberitahu akan meneruskan hasratnya untuk berpindah keluar dari rumah arwah suaminya.
“Saya kena juga keluar dari rumah itu. Saya sudah tidak boleh duduk di sana.
“Kalau saya masih tinggal di situ, saya tidak boleh buat apa-apa kerana terlalu banyak memikirkan arwah.
“Saya sering terbayang-bayang arwah turun tangga dan bercakap dengan saya,” katanya.
Datuk A Rahman meninggal dunia pada 13 Jun lalu.
Ketika ditanya lanjut berkaitan keputusannya itu, Fadilah menjelaskan dia mahu hidup bersendirian.
“Saya mahu keluar, cari mana-mana rumah dan tinggal di sana. Saya mahu duduk sendiri. Rumah arw@h tu saya nak serahkan kepada anak-anaknya untuk mereka uruskan.
“Semuanya barang-barang arw@h, jadi terpulang pada mereka nak buat apa,” katanya.
Fadilah mendirikan rumah tangga bersama A Rahman pada 25 Disember 2014 sebelum penyanyi era pop yeh yeh itu menghembuskan nafas terakhir pada 13 Jun lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: mStar