PELAKON Datin Elvina Mohamad berdoa supaya rumah tangga dibina bersama suami, Datuk Mohd Haniff Borhan tidak lagi dilaanda baadai.
Elvina, 25, atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad berkata, pengalaman melalui rumah tangga bergolaak hujung tahun lalu dianggap ujian terberat buatnya.
“Sekarang ini banyak kita dengar berita perceraaian dalam kalangan selebriti.
“Saya pernah melalui fasa sukar dan hampir ke arah itu, tapi tidak terjadi. Kami muhasabah diri dan menyelamatkan rumah tangga,” katanya kepada Harian Metro.
Bagi mereka, berkahwin bukan untuk berceraai dan ia bukan perkara mudah untuk dilalui.
“Orang cakap saja senang, tapi yang melalui susah. Bergaaduh bukan semestinya kena berceraai.
“Disebabkan itu, setiap kali terbaca mengenai perkara ini saya akan berdoa dan minta dijauhkan daripada keluarga saya.
“Tak nak ia terjadi pada saya. Apa yang berlaku sebelum ini saya sudah lupakan dan tak nak ingat lagi. Saya anggap ia dug4an,” katanya.
View this post on Instagram
Elvina yang juga pelakon Shhh… I Love You berkata, dia sudah lama memaafkan suaminya dan mereka kini semakin bahagia.
“Apa yang berlaku adalah ujian buat saya dan suami. Mungkin Allah nak uji kami dan setiap orang melalui pengalaman berbeza. Mungkin apa yang terjadi ada hikmah. Disebabkan itu, kami menjadi lebih rapat.
“Alhamdulillah, sekarang hubungan kami lebih harmoni dan bahagia. Macam sekarang, kalau ada masalah bawa berbincang.
View this post on InstagramMy son the most precious thing to me ♥️ @karl_mateen • 📸 @pixyo.photo #mommyandkarl
“Mungkin juga kami berkenalan dalam tempoh singkat sebelum ambil keputusan berkahwin. Suami pun tak cukup kenal saya lagi. Sekarang, semuanya kembali erat,” katanya
Sumber: Harian Metro
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon