Selempang Pink Dah Dapat, Anak Sebak Tak Mampu Tunai Satu Lagi Hajat Bapa.

PADA April lalu, seorang bapa menangis ketika melihat anaknya memakai ‘selempang merah jambu’ pada majlis konvokesyen yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam di Selangor.

Tiga tahun lalu, pada majlis konvokesyen tamat pengajian diploma, insan berkenaan pernah kecewa apabila anaknya tidak memakai selempang tersebut yang hanya layak dipakai oleh penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) dengan keputusan cemerlang setiap semester.

Kisah bapa graduan ‘selempang merah jambu’ itu kembali mengundang sayu dan hiba apabila dia dijemput Ilahi dan pemergiannya dikongsi netizen di media sosial.

Kenangan… momen penuh em0si antara dua beranak.

Gadis ‘selempang merah jambu’ itu, Hazirah Janudin, berkata, bapanya, Janudin Abdul Lani meningg@l dunia pada tengah hari Isnin akibat ser@ngan j@ntung.

“Abah sebelum ni ok saja, tapi dia memang ada saklt j@ntung. Ketika kejadian, abah di pejabat, sempat mengadu saklt dada kepada rakan sekerjanya sebelum rebah.

“Abah disahkan meningg@l dunia pada pukul 12.30 tengah hari di H0spital Ampang. Memang sedih tapi saya reda dengan pemergian abah,” katanya gadis berusia 25 tahun itu.

Hazirah bersama bapanya ketika Hari Raya, baru-baru ini.

Hazirah mendedahkan bahawa dia juga mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan pada Jun lalu dan bakal melangsungkan perkahwinan, Oktober ini.

Abah berhajat nak tengok saya pakai baju kebaya songket. Dia kata arwah mak dia dulu suka pakai baju kebaya dan saya nampak cantik bila pakai. Tapi tu lah, abah pergi dulu, tak sempat tengok saya kahwin pakai baju tu

HAZIRAH

Walaupun tiada sebarang tanda pelik bapanya akan pergi buat selama-lamanya, namun katanya insan kesayangannya itu begitu bersemangat dan teruja untuk membuat persiapan menjelang majlis perkahwinan.

“Banyak persiapan abah yang uruskan, pergi urus itu ini abah akan ikut saya. Sudah 70 peratus persiapan abah dah tolong saya. Macam tahu dia akan pergi dulu.

“Kami sepatutnya pergi bersama ke butik untuk buat fitting untuk tempah baju kahwin malam tadi (malam Isnin) tapi terpaksa tunda dahulu sebab abah dah menlnggal,” kata yang merupakan anak keempat daripada lima beradik.

Hazirah bersama ibu bapanya pada majlis pertunangannya, baru-baru ini.

Hazirah yang juga anak perempuan bongsu dalam keluarga memberitahu, bapanya meluahkan hasratnya untuk melihat dirinya memakai baju pengantin kebaya songket.

“Abah berhajat nak tengok saya pakai baju kebaya songket. Dia kata arw@h mak dia dulu suka pakai baju kebaya dan saya nampak cantik bila pakai.

“Berulang kali abah cakap pasal baju kebaya tu. Tapi tu lah, abah pergi dulu, tak sempat tengok saya kahwin pakai baju tu dan berwalikan abah.

“Bagaimanapun, saya akan tunaikan hasrat abah pada majlis perkahwinan yang akan dibuat serentak bersama abang yang juga berkahwin pada hari yang sama,” ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Jasmani dan Kesihatan itu.

Himpunan gambar Hazirah bersama bapanya dalam perkongsian di laman sosial sempena sambutan Hari Bapa lalu.

Dia yang kini merupakan seorang guru di sekolah swasta berkata, bapanya berpesan supaya sentiasa meneruskan segala perancangan yang baik untuk masa depan.

“Abah seorang ayah yang hebat, seorang yang tegas tapi penyayang. Bertanggungjawab sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik untuk anak-anaknya.

“Abah seorang yang peramah, banyak cakap suka bertegur orang lain. Paling utama abah suka ambil berat bukan saja kepada ahli keluarga tapi orang lain juga,” ujarnya.

Menurut Hazirah, antara kenangan terakhirnya bersama arwah bapanya adalah berkongsi video yang memaparkan koleksi gambar mereka bersama.

“Kira-kira 50 gambar kami berdua yang saya hantarkan kepada abah menerusi WhatsApp secara peribadi sempena Hari Bapa, bulan lalu. Abah, semoga tenang di sana… sayang abah,” ujarnya dengan nada sebak.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar