Pelakon, Hanez Suraya, 33, selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan, di sini, jam 9.11 pagi tadi.
Bayi perempuan berkenaan dilahirkan secara normal dengan berat 3.55 kilogram.
Suaminya, Romie Razin Adillha Abd Rais, berkata isterinya kini dalam keadaan stabil.
“Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan lancar dan selamat. Isteri saya kini dalam keadaan stabil
“Dia memang wanita yang kuat,” kata Romie.
Romie juga berkata, sehingga kini dia dan Hanez belum memutuskan nama untuk puteri kedua mereka.
“Belum ada ilham lagi. Pastinya kami mahu memberikan nama yang membawa maksud yang baik. Insya-Allah,” katanya.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 25 Mac 2015. Sebelum ini, mereka dikurniakan anak perempuan, Puteri Aleesya, 3 tahun.
View this post on InstagramSelamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga ❤️ – abaikan si kecik bersongkok itu 😜
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber:BHonline