Penyanyi lagu Jampi itu juga mengakui bahawa Dayang kini adalah wanita yang rapat dengannya.
“Dia (Dayang) antara orang yang rapat dengan saya. Kami kerap berjumpa dan kebanyakan perjumpaan adalah untuk berbincang mengenai kerja.
“Kahwin ini satu doa dan saya serahkan soal jodoh kepada Allah. Kalau mereka (peminat) doakan, saya aminkan. Selagi benda ini baik, saya okey,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, hubungannya dengan penyanyi lagu Lelaki Teragung itu sangat akrab dan profesional.
“Saya memang pernah taksub dengan Dayang dan apabila dapat bekerjasama, ia umpama mimpi yang menjadi kenyataan.
“Bila dapat bekerjasama dengannya, tentunya saya sangat menjaga hubungan ini secara profesional,” katanya.
Ditanya mengenai tanda pagar (hashtag) #HaeYang yang digunakan beribu kali di media sosial oleh peminat, Hael menganggap itu sebagai tanda penghargaan peminat.
“Sebenarnya, tanda pagar ini dicipta bukan dirancang. Kalau tanya perasaan saya, lebih kepada rasa terharu sebab bagi kami, tanda pagar ini seperti tanda penghargaan.
“Jadi, semua yang dilakukan menjadi perbualan peminat dan mereka ingin mengambil tahu mengenai kami. Dengan adanya tanda pagar ini, akan jadi lebih mudah untuk mereka cari di media sosial,” katanya.
View this post on InstagramTerima kasih Semua kami amat menghargainya 🙏🏻🔥 . @haelers . #haelhusaini #haelers #haeyang
Hael juga memberitahu, berkemungkinan besar dia dan Dayang akan bersatu lagi dalam projek lain selepas ini.
Nama Hael dan Dayang mula menjadi sebutan selepas kedua-duanya bergabung dalam lagu Haram, sekali gus menggondol gelaran Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu 33.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Harian Metro