Umum Nama Anak Di Hari Ke-16, Raqib Majid & Tasha Manshahar Dedah Nama Anak

Penyanyi Raqib Majid mengumumkan nama anak di hari ke-16 kelahiran putera sulungnya.
Raqib memperkenalkan nama anaknya sebagai Muammar Rafiqi di akaun Instagram.
Terdahulu, Raqib ada meminta peminat meneka nama anaknya, tetapi tiada siapa yang berjaya meneka dengan tepat.

Bagaimanapun, Raqib meminta agar semua mendoakan agar anaknya diberi kesihatan yang baik sentiasa.

“Assalamualaikum uncles & aunties. Nama saya “Muammar Rafiqi bin Fahrur Raqib”

“Maaf tiada seorang pun tepat teka nama saya. Banyak yang sipi-sipi. Baru nak makan dengan uncles dan aunties semua. next time la ya? Doakan saya sihat sejahtera ya? saya baru masuk 16 hari. Amin,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“Daddy tak kesah daddy kelihatan jelek nak, yang penting awak tak kena panas❤️” . Sampai hati mummy ko nak. takde cara lain ke taknak bagi anak kena panas?pastu ambek gambo plak tu. Sadis😂 @tashamanshahar . #anakdaddy

A post shared by Fahrur Raqib Abdul Majid (@raqibmajid) on

Raqib berkongsi nama anaknya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Raqib memuat naik foto yang menunjukkan sebahagian wajah bayinya yang dikaburkan.

Rata-rata mendoakan agar bayi sulungnya membesar dengan sihat.

Raqib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Tasha Manshahar pada 8 September 2018 di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak