“Isteri Dah Masak, Isteri Dah Hidang, Apa Salahnya Suami Pula Yang Kemas Semua?” – Fazley Yaakob

Penyanyi Datuk Fazley Yaakob berkongsi pandangannya mengenai sikap kerjasama antara suami dan isteri di rumah.

Berkongsi paparan skrin dari laman Twitter yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Fazley berpendapat tiada salahnya untuk suami membantu isteri mengemas selepas selesai makan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Setuju? 🥰

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

“Actually bukan perempuan yang pandai memasak je menjadi kunci kebahagiaan rumah tangga, tetapi si suami yang rajin bantu basuh pinggan lepas isteri masak – bukan makan lepas tu tinggal je pinggan atas meja!

“Isteri dah masak, isteri dah hidang, apa salahnya suami pulak yang kemas semua?” kongsi Fazley.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulilah ❤️❤️❤️❤️❤️❤️ . @azrene_ahmad @fariedzfazley @fieradzfazley @fierudzfazley @elliefazley

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fazley bersetuju dengan pendapat cef selebriti itu.

Pelakon Janna Nick juga turut sama bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh Fazley.

Pelantun lagu Asmara Ini itu mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada tahun 2007.

Mereka mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 11, Ahmad Fieradz Shah, 10, Ahmad Firudz Shah, 8 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 2.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak