[VIDEO] Ajak ‘Prank’ Anak Sulungnya Sehingga ‘Patah Hati’, Ending Buat Netizen Sebak

Terbaru Ajak telah berkongsikan video ‘Prank’ kepada anak sulungnya, Jad Thaqif sebelum membuat kejutan yang tidak dijangka. 

Pada awalnya, mereka sekeluarga telah masuk ke sebuah kedai basikal untuk membelikan basikal kepada anaknya. Namun begitu, beliau hanya mengizinkan anak keduanya iaitu Mohamad Had untuk memilih basikal yang digemari.

 

Hal ini membuatkan anak pertamanya, Jad terus kecewa dan patah hati kerana tidak dapat memilih basikal seperti adiknya. Walaupun merajuk, Jad tidak pula memberontak dan kelihatan tenang menuju ke kereta.

Setelah beberapa ketika, kereta mereka berhenti dan Ajak menunjukkan sebuah basikal yang telah dibeli terlebih dahulu untuk Jad kejutan kepada anak sulungnya. Jad yang patah hati tadi terus tersenyum sebelum menitiskan air mata.

Hal ini  turut mengundang sebak netizen apabila melihat Jad menangis sambil menerima kejutannya.

VIDEO :

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Mahalnya hadiah bukan pada harga, Tapi bagaimana kita menyampaikannya😘 . @afifahamin #Ajakshirotube . #myboy #ourfamilia #yangmano #sayaajakdansayatidaksombong

Siaran dikongsi oleh Ajak Shiro (@ajakshiro) pada

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan menyentuh hati. Malah ramai netizen turut memuji kelakuan anak sulung Ajak tersebut yang juga merupakan ‘Mangsa Prank’ kerana tidak cepat melatah apabila Ajak hanya membelikan basikal kepada adiknya sahaja.

asal aku plak nk nangis tgk ni… sebaknyaaa lahai..

bagus abg jad x memberontak pun bila had je dpt… dia pendam je x meminta.. 

ajakkk 

Ajak telah berkahwin dengan Afifah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohd Jad Thaqif, 9, Mohd Had Thaqif, 6, dan Nada Soffea, 4.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: Instagram ajakshiro