Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad berkongsi video ketika keretanya dihalang oleh sebuah kereta lain ketika dia mahu meninggalkan sebuah kawasan parkir kenderaan.
Video tersebut dimuat naik menerusi entri di akaun Instagram (IG) miliknya malam tadi.
Dalam video terbabit, Nabil kelihatan marah dan membunyikan hon agar pemilik kenderaan tersebut menyedari situasi itu.
Selain itu, pemilik kenderaan itu juga meninggalkan notis bertulis “Telephone Number, Lu Pikir Sendiri Hahahaha”.
Nabil meluahkan rasa marahnya dengan menulis kapsyen berbunyi:
“Kurang ajar namanya! Ingat kelakar ke! Lu pikir sendiri kepada otak hang!”
Tidak lama selepas itu, Nabil berkongsi video kedua dimana dia telah menolak kenderaan yang menghalang itu selepas disuruh oleh isterinya, Zira Ayub.
“Owner tak muncul. Cerita dia memang tokono! Aku geram,” tulisnya di entri terbaru itu
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen menganggap Nabil terkena ‘prank’ oleh seseorang yang mengenalinya.
Walaubagaimanapun, kesudahan sebenar situasi itu masih belum diketahui memandangkan tiada sebarang perkongsian terbaru yang dikongsi bersama pengikut @nabilzira di IG setakat ini.
Lihat siaran ini di InstagramKuang haja name nyer!!! Ingat kelakaaa ke!!! Lu pikir sendiri kepala otak hang!!!
Imbas kembali, Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naira Mikayla dan Leyla Medyna.
Sumber: Gempak