Penyanyi Tasha Manshahar terpaksa akur apabila wajah anak sulungnya tak tumpah sama seperti wajah suaminya, penyanyi Raqib Majid.
Buat pertama kalinya, Tasha mendedahkan wajah anak yang diberi nama Muammar Rafiqi di laman Instagram miliknya semalam.
Menerusi entri tersebut, Tasha memberitahu dia bersyukur kerana dikurniakan zuriat meskipun melalui proses yang agak sukar ketika melahirkannya.
“Muammar Rafiqi b. Fahrur Raqib, Mommy happy sangat masa dapat tahu awak ada dalam rahim mommy, mommy syukur tak berhenti.
“Sembilan bulan mommy bawa awak ke sana sini, naik turun tangga, turun naik bukit. Sakit pinggang, sakit badan, letih. Tapi semua kita buat sama-sama.
“Hari Jumaat 21/6, hari yang Allah tetapkan kita berjumpa. Semua orang excited sangat nak jumpa awak. Doktor belah perut mommy. Peritnya Tuhan je tahu saat bius semakin menghilang.
“Tapi akhirnya copy ori muka dedi @raqibmajid jugak awak ya. Mommy redho,” tulisnya berseloroh.
Menerusi kemas kini tersebut, Tasha memuat naik beberapa keping foto anak lelakinya itu.
Rata-rata pengikutnya berasa lucu dengan kapsyen Tasha dan mereka turut berkongsi pengalaman yang sama.
Tasha mendirikan rumah tangga dengan Raqib pada 8 September tahun lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
Pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata pada 21 Jun lalu.
Sumber: IG tasha manshahar , Gempak