Pelakon Erra Fazira bakal berangkat menunaikan rukun Islam kelima, mengerjakan haji di tanah suci Makkah pada malam ini.
Serentak dengan itu, krew produksi Mingguan Wanita turut mengadakan majlis ‘potluck’ dan doa selamat kecil-kecilan buat pengacara kesayangan mereka itu, sebaik tamat program tersebut.
Erra turut menerima ucapan selamat jalan dan doa daripada para peminat dan sahabat handai di laman sosial Instagram.
Rata-ratanya mendoakan urusan Erra dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur.
Erra sebelum ini memberitahu bakal menunaikan ibadah tersebut bersendirian tanpa mahram.
Ibu kepada Engku Aleesya itu turut memberitahu sudah lima tahun menyimpan hasrat tersebut dan berasakan ini tahun yang sesuai, tambahan lagi usianya juga sudah melayakkan dia ke sana.
Tambahnya, walaunpu gementar tetapi pada masa sama rasa teruja dan tidak sabar.
Erra turut bermohon agar urusannya dipermudahkan.
Sumber : Gempak