Usia bukan penghalang untuk mereka melangkah ke gerbang perkahwinan. Usia bukan pengukur kebahagiaan dan kemampuan memikul tanggungjawab. Lima bintang ini membuktikan cinta yang disulam dengan keikhlasan menerima pasangan seadanya, tunjang kemanisan rumahtangga.
1) Aeril Zafril & Wawa Zainal (25 Feb 2012)
Pasangan pelakon ini berkahwin ketika nama mereka berada di puncak. Aeril telah melamar Wawa, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, yang ketika itu berusia 20 tahun. Aeril Zafrel, atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, berumur 24 tahun ketika bergelar suami, ternyata bukan penghalang buat Aeril menjadi suami dan ayah terbaik buat sepasangan anak mereka, Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiya.
Terdahulu pasangan pelakon Aeril Zafrel, 25, dan Wawa Zainal, 22, memohon maaf kerana mengambil langkah menipu peminat dan pihak media mengenai status hubungan mereka yang sebenarnya sudah menjadi suami isteri sejak tahun lalu.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, berkata, mereka menyesal kerana tidak mendedahkan berita berkenaan lebih awal sehingga rahsia berkenaan bocor dan dilaporkan oleh pihak media.
” Saya memohon maaf kerana merahsiakan perkara ini. Pada perancangan asal, kami ingin mengumumkan status perhubungan ini dua tahun lagi iaitu selepas Wawa menamatkan kontraknya dengan Metrowealth International Group (MIG) pada tahun 2015.
2) Diana Danielle & Farid Kamil (3 Nov 2012)
Pelakon dan model kacukan Diana Danielle berkahwin dengan pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil, pada usia 21 tahun. Pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora, sebagai pelengkap hidup.
“Lima tahun dalam perkahwinan dan 10 tahun bersama anda dan keseronokan baru sahaja bermula @Faridkamilz. Sekarang kita berempat mengharungi kehidupan.
” Mari katakan, realiti kehidupan sekarang lebih baik daripada yang kita imaginasikan ketika kita mula-mula bersama dahulu,” luah Diana di Instagram
Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 4, dan Nur Aurora yang kini berusia dua tahun.
3) Erin Malek & Darriz Fauzy (10 Okt 2014)
Bermula perkenalan menerusi laman sosial Instagram, pelakon Erin Malek, 20, atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, sah bergelar isteri kepada Farriz Fauzy, 30, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarga aktres itu di Duta Suria, Ampang pada 10 Oktober lalu. Pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Mohamed Faliq pada 1 Oktober 2015 yang lalu.
Terdahulu, pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Mohd Yusof dan diwalikan oleh bapa Erin, Abdul Malek Mari. Pada majlis itu, Farriz, 30, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 manakala wang hantaran RM30,000.
Difahamkan, Erin dan suaminya berbulan madu di Los Angeles, Amerika Syarikat.
4) Fiffy Natasya & Muslim Azman (29 Sept 2014)
Pelakon dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya, mengambil keputusan berkahwin dengan Muslim Azman, 27, pada usianya 21 tahun. Fiffy memulakan kerjaya seninya sejak usia sembilan tahun, pernah menganggotai kumpulan nyanyian Wardah, selain muncul dengan beberapa single berkonsep J-Pop termasuk lagu “Kawaii” dan “Cinta Playboy”.
Fiffy dan pasangannya, Muslim Azman, 27, seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan komersial bernikah pagi 29 September di kediaman keluarga Fiffy di Putra Heights, Subang, Selangor. Ia diikuti dengan majlis persandingan sebelah malam pada hari sama di Dewan Sri Melati, Presint 3, Putrajaya.
5) Eina Azman & Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden (31 Ogos 2014)
Pelakon remaja Eina Azman memilih untuk berkahwin pada usia muda iaitu 19 tahun apabila memilih Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, dalam satu majlis akad nikah di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Pasangan ini telah dikurniakan pasangan bayi kembar bernama Karl Kareef dan Arianne Aubrey pada 19 Februari 2016 yang lalu.
Eina memilih jejaka berketurunan Sikh berusia 35 tahun yang dicintainya sejak setahun lalu. Menurut Eina, suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden atau lebih mesra dengan nama Datuk Gmix, sudah berminat mendalami agama Islam sebelum mengenalinya lagi.
Bahkan ramai kawannya terdiri daripada kalangan orang Melayu. Ibu Eina pun banyak menolongnya untuk terus mendalami agama Islam. Dia sudah pandai baca Al-Fatihah dan surah lain. Sebelum ini pun, agama tidak pernah menjadi penghalang hubungan kami apatah lagi dia memang benar-benar mahu mendekati agama Islam.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : rojakdaily via Newscoviral