“Ibu Beritahu Banyak Perubahan Positif Selepas Saya Memeluk 1slam” – Mark Adam Doakan Ibu Dapat Hidayah.

Semalam nama penyanyi Mark Adam menjadi perbualan hangat selepas berkongsikan video dia menghadiahkan sebuah rumah kepada ibunya, Florenda Macaraig Echivarre.

Impian penyanyi Mark Adam untuk memberikan keselesaan kepada keluarga pada 23 tahun lalu akhirnya tercapai apabila dia membuat kejutan menghadiahkan sebuah rumah banglo kepada ibunya di Cebu, Filipina.

Selain itu, mark turut memberitahu mengenai harapannya yang ingin melihat suatu hari nanti ibu tercinta akan memeluk Islam juga. Perkara tersebut disampaikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Katak menerusi Harian Metro.

“Ibu amat menyukai sikap saya sekarang dan dia beritahu banyak perubahan positif terhadap saya selepas memeluk Islam.”

Namun begitu, dia langsung tidak memaksa ibunya untuk menukar agama walaupun menyedari bahawa ibu kandungnya seakan kerap bertanya mengenai Islam kepadanya. Hal ini berikutan perubahan baik yang berlaku dalam diri selepas memeluk Islam pada 2003.

“Saya tidak akan memaksa ibu menukar agama tetapi jika dia memeluk Islam, saya manusia pertama yang gembira dan bersyukur,” katanya.

Berkongsi sedikit sedutan kisah memeluk agama Islam, Mark Adam membuka rahsia yang disimpan rapi selama ini.

Ulasnya menerusi Program Al-Hidayah, penyanyi lagu Si Katak ini menyatakan ibunya menangis di saat dia meminta kebenaran untuk menukar agama.

Saya nak convert Islam, saya tanya mak saya, mak saya menangis. Dia cakap, u cakap dengan ayah.

“Saya cakap, ayah saya kena convert Islam. Satu soalan sahaja ayah tanya, awak gembira tak? 

“Dan saya cakap ya, saya gembira. Ayah saya cakap ok, kau pergi sana,” tuturnya yang telah 17 tahun menetap di Malaysia.

 

Walaupun berlainan agama, namun lelaki berasal dari Filipina ini masih mengekalkan hubungan baik dengan keluarganya.

Mark bertemu jodoh dengan Norazah Redzuan pada 2003 selepas dua tahun berhijrah.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: nonamanis