Zizan bimbang tiada perasaan cinta jika wanita tidak dikenali jadi isteri.
PELAKON dan pelawak Zizan Razak mendedahkan rancangannya untuk meminta ibu iaitu Anai Ibrahim mencarikan pasangan hidup.
Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 35, dia akan menerima siapa sahaja wanita pilihan ibunya untuk dijadikan isteri.
“Saya tidak pernah kata saya selesa hidup solo tapi sejak akhir ini, saya dapat idea untuk minta ibu saya pilih sesiapa saja yang dia berkenan.
Zizan berhasrat mahu ibunya memilih pasangan hidup untuknya.
“Kalau wanita itu okey dengan saya, saya akan kahwin. Kalau wanita itu artis pun tak ada masalah dan orang biasa pun okey. Saya cuma nak isteri saya yang terbaik dan sesuai untuk saya,” katanya kepada mStar.
Pelakon Polis Evo 2 ini berkata, dia belum meluahkan hasrat itu kepada ibunya.
Tambah Zizan, dia berasa bimbang jika perkahwinan yang diaturkan itu tidak timbul perasaan cinta.
Zizan mahu fokus pada karier seni dan perniagaannya.
Namun, buat masa ini, Zizan berkata, dia enggan memikirkan terlalu serius hal berkaitan jodoh kerana ingin memberi tumpuan kepada karier seni dan perniagaannya terlebih dahulu.
“Tapi saya ada terfikir juga, macam mana nak eratkan hubungan dengan isteri yang kita tak pernah kenal. Takut nak buat apa-apa tanpa bernafsu atau cinta.
“Bukan berkaitan hubungan saja tapi seperti nak memanggilnya dengan panggilan manja dan meminta sesuatu, tak ada nafsu.
“Namun sekarang ini, saya nak relaks dahulu soal itu. Rezeki yang ada depan mata ini, saya buat dahulu,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: mStar